"Curang?"
"Mn. Kalau sayang curang dengan perempuan lain, ayang takkan maafkan."
"Hooo.. Apa jadi kalau sayang curang jugak?"
"Amboi, tanya ni mesti ada niat nak buat. Meh sini ayang hukum awal-awal!" lantas wanita itu menggeletek badan Ash dengan geram.
"Pffft hahahaha!!! Okay okay.. Sayang gurau je gurau je." Ash mengalah. Sudahlah dia sedang memandu. Memang mencari nahas betul isterinya yang seorang ni.
"Humph!" Amber mencebik geram.
"Jangan risau lah. Dalam dunia ni hanya Amber seorang yang akan Ash cintakan." si lelaki memujuk, sempat mengucup pipi gebu wanita tersayang.
"Humph! Pandai betul bermulut manis tu kan."
"Ash! ASHH! ASH LIONE!"
Matanya yang berat dibuka perlahan-lahan. Pandangan yang kabur mula memfokus ke arah Maria.
Saat itu, air matanya mengalir jatuh. Ash sendiri tak pernah sangka dia kuat menangis. Tapi.. Melihat muka Maria, buatkan dia rasa tenang dan selamat.
"Kau dah sedar? Nasib baik ubat peransang tu ada penawar... Kalau tak, aku tak tahu la nak buat apa dengan kau." sempat si lelaki itu membebel.
Ash memerhati sekeliling. Nampaknya dia telah diangkat masuk ke dalam kereta, dan sekarang mereka dalam perjalanan balik.
Dia cuba bangun, tetapi badannya terlalu lemah. Kepalanya juga terlalu berat, macam dihempap batu berpuluh kilogram atas kepalanya.
"Apa.. Yang jadi?" soal Ash lemah selepas dia mengalah apabila tak berjaya bangun.
"Kau tak ingat?"
Ash geleng kepala. Memori terakhirnya adalah dia berbual bersama Nina.. Dan...
Dia tak pasti apa berlaku lepas tu.
"..baguslah kau tak ingat. Kalau tak.. Haaaa.. Salah aku sebab tinggalkan kau sorang diri." Maria memicit kepalanya.
Mana tidaknya.. Ketika Maria sedang mengambil segelas air, tiba-tiba sahaja seorang gadis melanggarnya menyebabkan air dalam gelas di tangan tertumpah atas bajunya.
Maria terpaksa ke bilik air untuk membasuh kotoran, dan bila dia kembali, Ash dah hilang.
Cepat cepat dia menelefon pasukan hacker keluarga untuk memeriksa CCTV sekitar majlis tersebut.
Dan apabila Maria berjaya jumpa Ash... Darahnya meluap-luap melihat si lelaki terkulai lemah atas katil. Maria tak boleh lupakan..bagaimana perempuan gila tersebut mencekik leher Ash dengan ketawa tak berhenti.
"Apa yang jadi?" soal Ash sekali lagi.
".. Kau kena culik." berat mulut Maria untuk menceritakan lebih lanjut. Lebih baik Ash tak ingat apa yang berlaku.
"Culik?" kening Ash terangkat.
"... Aku nak kau rehatkan diri kat rumah seminggu ni. Tak perlu risaukan hal pejabat, aku uruskan. Jangan keluar dari rumah, faham?"
Ash baru sahaja mahu membuka mulut untuk membantah, tapi melihat pandangan tajam Maria buat mulutnya terkunci.
Dalam hati Ash terdetik, sebenarnya yang paling berkuasa dalam keluarga mereka adalah Maria walaupun Ash yang memegang jawatan Tuan Pengarah.
Di rumah keluarga Lione, Sky sedang berbaring di atas sofa membelek buku yang dibeli di pesta buku kelmarin.
Baru sahaja dia menyelak muka surat ketiga, seorang maid berlari kecil untuk mendapatkan Sky, sekaligus membuatkan pembacaan si gadis terbantut.
"Cik Muda! Tuan! Tuan dia!"
Muka cermas maid buatkan Sky tak sedap hati. Keningnya berkerut seketika.
Dia tak menunggu maid tersebut untuk membuat penerangan. Langkahnya lebih laju menuju ke pintu utama.
Hati Sky berdegup kencang dan dari langkah menjadi larian kecil.
Di pintu utama, Ash merangkul bahu Maria, perlahan-lahan berjalan masuk ke rumah. Ash berkeras untuk berjalan sendiri, supaya tidak nampak lemah.
Kalau boleh, dia tak mahu Sky nampak keadaannya sebegini. Namun harapannya hanya harapan, Sky telah pun sampai di muka pintu.
"Papa..." suara si gadis memanggil perlahan.
Dengan kepala yang berbalut bersisa kesan darah, leher yang berkesan jerutan berserta tompokkan darah pada kemaja putih Ash, buatkan Sky rasa nak pitam.
"Jangan risau Sky. Papa hanya terjatuh tadi. Luka kecil je ni."
Jatuh? Kenapa ada kesan jerutan kalau ia sekadar terjatuh.
Penipuan Ash, takkan ada seorang di situ akan percaya.
"Dah lewat malam ni. Esok kan Sky ada kelas. Baik Sky pergi tidur dulu."
Pujuk Ash lagi. Dia boleh hidu ketakutan si gadis. Tapi Ash taknak Sky risau.
"Kau diamlah Ash. Orang sakit buat cara orang sakit!"
Pap! Kepala Ash diketuk perlahan, buatkan Ash mengerang kesakitan. Terus hilang lakonan berlagak kuatnya tadi.
"Sky, jagakan Ash sampai dia sembuh. Kalau dia halau kau pun, kau stay duduk kat sisi dia. Jangan bagi dia bergerak langsung sepanjang minggu ni."
Maria mencelah. Dia kemudian memberi arahan pada semua pekerja di dalam rumah untuk mengambil usungan.
Ash kemudian dibaringkan atas usungan dan dibawa masuk ke bilik. Malah doktor keluarga dipanggil untuk merawat Ash dan berada di sisi Tuan pengarah 24 jam untuk memastikan Ash kembali pulih.
Sepanjang rawatan, Sky dan Maria menanti dengan sabar di ruang tamu. Ash berkeras tak benarkam dirinya dilihat Sky ketika dirawat.
".. Apa yang berlaku?" Sky menyoal siasat saksi di hadapannya.
Maria mengusap rambut si gadis. Sky anak yang pendiam dan matang. Entah dari mana Sky dapat perangai macam ni.
Amber si ibu yang lasak, suka keluar sana sini dan cari masalah. Ash pula Tuan Pengarah yang macam budak-budak, hobinya mengacau hidup orang lain.
Mungkin keadaan yang memaksa Sky jadi matang. Kasihan.. Tapi tu bukan masalahnya sekarang ni.
Macam mana Maria nak terangkan apa yang berlaku? Dia taknak sembunyikan apa-apapun dari anak sedaranya ini.
Tapi benda yang nak diceritakan bukan benda yang baik.
YOU ARE READING
SKY [Complete]
Romance"Rain Rain go away, come again another day let the light come shine again.. rain rain go away."- Sky "Awak nak saya pergi?"- Rain "Gurau." - Sky "Tak tak, Sky tak gurau. shuhhh shuhh! pergi main jauh jauh. Jangan kacau Sky dengan saya."- Light