Bab 1💨

10.5K 897 17
                                    

"Sejung. Awak tu dah 30 tahun tau. Mak ni dah tua. Sebelum mak menutup mata, teringinlah juga mak nak tengok kau kahwin. Ada anak, ada suami. Taklah hidup mak ni sunyi. Kalau ada cucu tu, hilang sikit sunyi."

Aku mengunyah kentang dengan laju mendengar ayat sendu mak. Macam tu lah mak. Sikit-sikit nak sendu. Sikit-sikit nak sedih. Cakap pasal kahwinlah, cuculah, anaklah. Lemah betul aku bila dia cakap macam tu.

"Hah.. kau dengar tak mak cakap ni, Sejung?"

"Dengar mak!"

"Hah dah tu, carilah calon suami!"

Aku menjeling mak sedikit. "Mak ingat nak cari calon suami ni senang ke? Saya ni dah tua. Dah 30 tahun. Tak ada siapa dah nak dekat saya."

Tiba-tiba, mak tersenyum gatal.

"Mak tengok jiran sebelah kita tu.. segak je. Elok je paras muka dia."

"Ah sudah.." aku tepuk tangan pada meja sambil memegang dahi. Mak ni, sebut-sebut nama anak jiran orang tu pula. Saja nak buat kita panas buntut mak ni.

"Kau suka dia tak, Sejung?"

"Mak.. dia tu 25 tahun. 5 tahun beza kut, mak! Tak naklah!"

"Elehh.. kau malu-malu, kau nak sebenarnya kan?"

"Mak!"

Mak berdekah-dekah. Merah muka aku. Mak suka sakat aku, kenenkan aku dengan anak jiran sebelah yang baru pindah tak sampai sebulan tu.

Aku tak pernah tahu nama dia siapa. Tapi apa yang aku tahu, dia pensyarah dekat universiti kluster. Aku ni, tutor peribadi je. Tu pun tak pandai-pandai. Bodoh juga. Kadang-kadang congak 2.50 won darab 3 pun aku terkial-kial.

"Kau jangan cakap tak nak. Esok, buatnya mulut tua aku ni masin, kau berjumpa dengan dia masa kau susah, hah! Padan muka kau. Baru kau tahu masa tu jatuh cinta indah ke tak."

~~~~~

Ini adalah fanfic kontot. Terimalah seadanya. Ada sesiapa tak yang sudi buatkan cover untuk fanfic ni? Tak sempat nak booking sebab mengejut. Kalau ada, pm lah eah. Nak simple2 je. Tq.

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now