Bab 37💨

4.4K 647 22
                                    

"Minum air ni sikit." Aku menggeleng dan pejamkan mata. Perlahan aku menolak tangan Jimin menjauh yang sedang memegang botol air mineral. Aku tahu dia risau. Tapi aku tak boleh masuk.

"Sejung, sikit je."

"Tak nak, Jimin. Jangan paksa saya." Kata aku sedikit keras. Jimin mengeluh. Dia meletakkan semula botol mineral itu di atas lantai. Aku masih di kelas tadi. Tak mampu bergerak ke mana-mana. Takut, lemah, mamai.

"Buka mata."

"Tak nak.."

"Saya Jimin, Sejung. Buka mata awak." Suara Jimin yang keras dan mendalam itu memaksa aku membuka mata. Tambahan pula bahu aku digoncang. Memaksa aku supaya melawan rasa takut itu.

"Saya Jimin." Ulangnya. Aku buka mata. Wajah Jimin aku perhati. Lama.

"Jimin.."

"Ya.."

Aku menunduk. Tangan aku bersatu dengan tangannya. Entah, aku tak tahu kenapa aku begini. Tapi hanya lelaki ini yang boleh aku dekati serapat ini. Hanya Jimin.

"Takut lagi?" Soal Jimin. Aku diam. Geleng tidak, angguk pun tidak.

"Kenapa tak nak buat report awal dulu? Kenapa biarkan dia mengajar dekat sini?" Jimin bertanya tiba-tiba. Aku memandangnya kemudian mengeluh.

"Saya tak nak tutup periuk nasi orang."

"Tapi dia dah kacau awak, Sejung. Bukan awak je, rupanya ramai students yang kena gangguan dari dia tapi sebab takut, sebab malu, diam-diam je tak nak bagitahu orang." Kata Jimin. Aku mengetap gigi. Terkilan.

"Awak tahu tak Jimin, saya takut. Saya panik. Bukan suka-suka tak nak bagitahu." Aku mempertahankan. Jimin menggeleng.

"Lawan, Sejung. Tunjuk yang awak tak lemah." Aku mendengus. Serta-merta tangannya aku lepaskan.

"Cakap senanglah."

Aku berdiri. Tapi disebabkan aku terlalu kelam-kabut, aku kembali terduduk di hadapan Jimin. Kening Jimin ternaik. Dia memandang aku lama.

"Kenapa?" Soalnya. Seakan mahu memprovok aku. Hati aku kembang kuncup ingin menangis.

"Larilah. Kenapa tak nak lari?" Soal Jimin lagi. Aku genggam penumbuk. Mata aku mula berkaca.

"Pertahankan diri awak, Sejung. Larilah. Bangun." Aku pejamkan mata. Aku memegang kepala dan di situ juga aku kembali menangis. Takut, risau. Bayangan lama kembali menerjah kepala.

Tiba-tiba, aku terasa tubuh aku dirangkul erat. Hiilang tubuh aku dilindung tubuhnya. Aku agak terkejut, tetapi aku tidak pula menepis atau menghalang. Malah aku rasa selesa.

"Saya sayang awak, Sejung."

Tubuh aku mengeras.

"Saya sayang awak."

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now