Bab 57💨

4.6K 602 32
                                    

"Alah, kenapa abang ajak Kak Sejung? Nak hantar Hana balik rumah pun kena ikut juga ke?" Aku dengar suara itu berbicara dengan Jimin. Waktu itu aku masih lagi di dalam rumah. Tapi Jimin dan Hana sudah di luar.

"Pergi klinik. Kaki dia terseliuh. Sekali jalanlah nanti." Jawab Jimin. Aku sakit hati betul. Asyik melayan je budak menyibuk tu. Hal-hal orang sibuk je nak tahu. Sama je macam mak dia. Haish!

"Alah abang. Kaki akak tu terseliuh je pun. Makan painkiller, hilanglah sakit."

"Itu kalau awak. Kalau dia sakit, saya bawa dia pergi klinik terus." Kata Jimin. Hana mencebik. Aku ketawa dalam hati. Besar ketawa aku. Kalau aku tak tahan gelak, mahu bergegar rumah sepupu Jimin ini.

"Mak, pergi dululah." Aku meminta diri. Mak angguk.

"Elok-elok. Nak papah?"

"Eh, tak payah. Saya jalan sendiri." Kata aku. Aku bangun dari sofa dan dalam keadaan kaki sakit, aku berjalan.

Itu diaaaa.

Sakit dia baru menyengat. Tak boleh menapak langsung kaki aku. Aku angkat kaki sebelah dan duduk sekejap di pemegang sofa.

"Kenapa? Sakit?" Tegur Jimin sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah. Aku memandangnya sekilas. Tak menjawab langsung pertanyaan dia.

"Merajuk? Hmm?" Tiba-tiba pinggang aku dipeluk dengan sebelah tangannya. Aku terkejut, cepat-cepat aku tolak tubuh Jimin menjauh.

"Tak malu ke orang tengok? Tepilah." Gerutu aku geram. Jimin buat tak tahu. Dia tetap dengan aksinya.

"Bangun cepat. Saya pegang. Hana dah dekat dalam kereta tu. Nanti dia bising." Kata Jimin.

"Pergilah hantar dia. Saya pergi klinik sendiri." Kata aku, berjauh hati. Siap tolak Jimin suruh menjauh. Tapi tahulah, Jimin mana faham bahasa.

"Marah?"

"Mana ada."

"Berbahang je saya rasa ni. Marahlah tu." Aku mengetap gigi. Mana tak berbahang? Ada je benda yang nak buat aku marah. Hana tu.. silap hari bulan tanggal gigi dia aku kerjakan. Hish!

Sampai di kereta, Jimin bawa aku ke tempat duduk belakang. Aku memandang dia.

"Hana dekat depan." Seakan-akan tahu, Jimin memberitahu tanpa aku sempat bertanya. Aku agak terkejut. Tapi lama-lama, aku mengalah. Aku masuk ke dalam kereta dan duduk diam di belakang. Hana tersenyum girang.

"Kesian dia kena duduk belakang. Tu lah.. siapa suruh lambat? Abang Jimin pun tak bagitahu apa-apa. So makananya, dia tak kisah saya duduk dekat depan!"

"Kau kenapa eah gatal sangat dengan tunang orang?" Sebelum Jimin masuk, aku lontar satu soalan. Aku memeluk tubuh.

"Tunang akak tu yang tak kisah dengan saya. Saya pun apa lagi?"

"Sedar sikit diri tu, Hana. Dengan siapa kau tengah bercakap, dengan siapa kau menggatal." Kata aku dengan suara bergetar. Hana mencebik dan ketawa.

"Ada saya kisah?"

Aku mengetap gigi. Ikutkan hati yang panas, lunyai budak ni aku kerjakan.

Semua salah Jimin! Kalau Jimin tak layan, budak ni tak naik lemak.

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now