Bab 21💨

4.3K 644 4
                                    

Aku ke kanan, dia ke kanan.

Aku ke kiri, dia ke kiri.

Aku diam, dia turut diam.

Tetapi apabila aku melangkah, dia ikut.

"Hish! Tepilah!" Jerit aku geram. Aku tentang berani mata Jimin. Tapi aku gagal, sekejap sahaja jantung aku berdebar.

"Tahniah." Ucapnya, tiba-tiba. Aku memandang lain, memeluk tubuh.

"Untuk apa?"

"Your wedding." Katanya. Aku mengetap gigi. Kuat.

"Hmm.. awak pun." Tanpa sedar, suara aku bergetar. Marah, sedih, sakit hati. Semuanya bercampur sama.

"Terima kasih pilihkan barang kemas tu semua. Tapi saya belum bagi lagi. Harap-harap dia suka." Katanya. Aku macam.. perlu ke bagitahu semua tu?

"Hmm.. yelah." Aku ingin melangkah, tetapi sekali lagi Jimin menghalang. Aku berdecit kuat.

"Tepilah, Jimin." Kata aku.

"Kalau tak nak?"

Aku memandang anak mata Jimin sekali lagi. Kali ini lebih dalam. Berani aku tentangnya walaupun berdebar sakan.

Tiba-tiba, aku terasa muka Jimin dekat dengan aku. Dekat.. sehinggakan aku dapat rasa hembusan nafasnya menyentuh muka. Aku pejamkan mata, rapat. Dan kemam bibir.

"Ada daun kering dekat rambut awak." Aku terus buka mata. Melihat Jimin sudah jauh dari aku, aku mengetap gigi.

Bodohlah, Sejung!

"Hish!" Aku hentak kaki sekali dan terus pusingkan tubuh untuk masuk ke dalam rumah. Kali ini, Jimin tak halang pulak!

"Masuk. Jangan marah dengan mak. Dia mak tau." Aku terdiam sekejap. Lelaki ini.. sangat menguji hati aku.

"Tahulah." Aku masuk ke dalam rumah. Mak yang ada di mesin jahitnya memandang aku.

"Dah habis merajuk?" Soalnya. Aku berdecit. Tanpa kata, terus aku naik ke atas.

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now