Bab 62💨

5K 636 71
                                    

Ding dong!

Ding dong!

Aku memandang pintu rumah. Eee.. dah sampai pulak. Masa mak hilang naik ke atas tu lah, dia nak sampai. Aku dengan gaya tak macam perempuan, dengan muka berpeluh, badan bau bawang, rambut terbang ke sana ke mari, tangan berglove. Haih..

Aku tanggalkan glove dan apron serentak. Aku ikat rambut tinggi kemudian capai tisu. Aku lap muka yang berpeluh. Aku buka pintu rumah.

Buka, lepas tu kembali ke dapur.

"Tak jemput masuk ke?"

Aku mengetap gigi. "Kalau tak nak masuk, baliklah." Kata aku, sinis. Aku siapkan sedikit lagi perkara sebelum kembali tumpukan perhatian kepada Jimin. Mengeluh aku dibuatnya apabila kelibat Jimin tiada di dalam rumah.

Aku keluar.

"Masuklah. Nak kena marah dulu ke baru nak masuk?" Soal aku. Jimin berada di gazebo, sedang menilik telefon bimbitnya dengan wajah yang serius.

"Jimin." Panggil aku. Barulah dia angkat kepala.

"Hmm?"

"Masuk."

"Sini kejap." Aku mengerutkan dahi.

"Nak apa?"

"Sini sekejap." Ulangnya sekali lagi. Aku berdecit sedikit dan terpaksa juga keluar walaupun malas. Aku datang mendekati Jimin dan duduk di sebelahnya.

"Apa dia?" Hilang merajuk, apabila Jimin tiba-tiba menunjukkan satu gambar. Aku terhenyak.

"Kenal?" Soal Jimin.

"Dialah lelaki yang rogol saya." Jawab aku perlahan. Jimin menutup telefon, tubuhnya dekat dengan aku.

"Dia dah masuk lokap. Pakcik Doni pun sama."

"Hah?" Aku terperanjat. Jimin buat kerja ni senyap-senyap?

"Saya upah orang untuk cari diorang sampai dapat walaupun tak dapat keterangan daripada awak."

"Kenapa tak bagitahu saya?" Soal aku. Jimin tersenyum.

"Saja." Katanya. Aku jadi terdiam. Langsung tak jadi nak merajuk panjang-panjang. Manakan tidak, dua lelaki yang memusnahkan hidup aku kini sudah menerima hukuman. Dan lelaki yang membantu aku menyumbat manusia tersebut adalah tunang sendiri.

Park Jimin.

"Tahu tak siapa yang rogol awak tu?" Aku menoleh.

"Siapa?"

"Kawan sekerja saya. Pensyarah fakulti kejuruteraan dan pembinaan. Tapi dia diberhentikan tahun lepas sebab mencabul kanak-kanak dan tuduhan merogol pelajar universiti."

"What?!" Aku menekup mulut. Kawan Jimin?

"Ma.. macam mana boleh jadi macam tu?"

"Dia tak boleh nampak perempuan. Dia ada masalah dengan saraf kemaluan dia. Tak boleh kendur."

Aku menekup telinga. "Stop. Tak nak dengar."

Jimin ketawa. Tangan yang aku bawa ke telinga tadi dia turunkan dan pegang.

"Macam mana nak kahwin ni kalau cakap pasal tu pun tak boleh?" Bisik Jimin. Aku besarkan mata. Dia sengih.

"Nasib baik saya tak ada penyakit pelik macam tu. Kalau tak.. habislah awak." Mendengar ayat usikan Jimin tu pun aku dah ngeri. Lagikan lepas kahwin nanti.

Tak nak!

Tak nak!

"So sekarang.. semuanya dah selesailah?" Tanya aku. Jimin mengangguk sambil mengerdip mata sekali.

"Kita dah boleh kahwin dengan tenang. Eh, tapikan. Adalah orang tu tadi tak nak kahwin dengan kita. Dia suruh kita kahwin dengan Hana." Aku menjeling Jimin. Geram punya pasal, pinggangnya aku cubit.

"Aduh!"

"Jangan masuk rumah. Makan je rumput kat luar ni." Aku berdiri dan jalan laju ke pintu rumah.

"Awak suruh saya jadi lembu ke?"

"Jadilah!"

"Awak kahwin dengan lembu nanti. Malam-malam karang dengar saya boooooo. Tak takut?" Aku tiba-tiba terbayang pula. Meremang bulu roma.

Aku memandang Jimin. "Cepat masuk. Kat luar sejuk."

Jimin ketawa kecil, manja.

"Okey."

~~~~~~~

Nak tamat ni nak tamat niiii. Dah tak ada benda lagi nak letak. Lepas kahwin je, habis.

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now