Bab 7💨

4.7K 712 12
                                    

"He.. helo?" Aku memulakan perbualan.

"Sejung?" Dada aku berdegup laju. Jimin sebut nama aku, jelas terang dan nyata. Aku kaku buat seketika.

"Ya.. saya."

"Saya ingatkan saya salah nombor hantar mesej kat awak tadi. Kenapa tak reply?" Tanya Jimin. Suaranya.. unik. Garau, garau juga. Tapi comel. Tak kena langsung dengan riak wajahnya yang beku tiada senyum. Yang kuat menyindir.

"Err.. sa.. saya baru je lepas mandi. Ehem.. awa.. awak kenapa call saya?" Aku tepuk bibir. Kenapa nak tergagap-gagap pula ni, Sejung?! Gila ke?!

"Saya takut tersalah hantar mesej. Tu je." Katanya. Aku mengangguk.

"Ohh.."

Senyap. Suasana agak kekok sekejap.

"Tengah buat apa sekarang?"

"Hmm?" Aku macam tak percaya. Dia tanya aku.. tengah buat apa? Ahh.. terasa macam tengah bercakap dengan kekasih.

"Tak ada buat apa-apa. Kat bilik je." Jawab aku ikhlas.

"Dah bagitahu suami awak yang awak balik dengan saya tadi? Takut kalau dia salah faham pula."

"Su.. suami?" Menggigil suara aku.

"Ya, suami."

"Saya belum kahwin." Kata aku sambil mengetap gigi. Jimin terdiam sekejap, seakan-akan sedang berfikir apa yang aku fikirkan. Aku nampak macam isteri orang ke?!

"Oh yakah? Saya ingatkan dah kahwin." Katanya. Aku mendongkol geram. Kurang asam punya jiran!

"Saya tahulah saya dah tua. Tapi janganlah perli saya." Tokok aku.

"Saya tak cakap pun awak tua." Checkmate! Aku terkena balik.

"Emm.. maaf. Sensitif." Kata aku. Aku belit tali jubah mandi pada jari. Memintal lembut sambil tak lepas aku mendengar suara Jimin.

"Kenapa tak kahwin lagi?"

"Tak ada orang yang nak."

"Memilih."

Aku mencebik. "Lelaki zaman sekarang semua sampah. Nak yang cantik je."

"Awak cantik. Lelaki tak nak kat awak sebab awak ni memilih." Kata Jimin lagi. Aku tak peduli dia mengata aku. Tapi aku peduli dia memuji aku. Terasa aku terbang sekejap ke Syurga. Ah.. dunia.

"Mana ada." Aku tak tahu nak cakap apa lagi.

"What ever. I got to go. Kalau kereta awak dah siap, saya call."

"Oh yakah? Okey." Aku tanpa sedar terkeluar keluhan. Macam kecewa Jimin dah nak pergi.

"Awak nak ke mana-mana ni, ada kereta tak? Nak pergi kerja ke, nak ke mana-mana ke?" Tanya Jimin. Aku termenung sekejap.

"Tak ada."

"So, kalau macam tu saya boleh hantar awak ke tempat kerja. Kebetulan kita berjiran."

"Eh, tak apalah! Tak apa. Grab ada."

"Grab mahal."

"Tak apalah, Jimin. Jangan susah-susah." Kata aku. Malu, tapi kalau boleh nak je terima pelawaan tu!

"Betul?"

"Ya, betul. Terima kasih."

"Sama-sama."

Dan selepas itu, perbualan aku dan Jimin terus tamat. Selama 2:34 minit. Taklah lama. Tapi.. cukuplah aku nak kenal-kenal dia. Auch!

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now