Bab 47💨

4.6K 626 44
                                    

"Puan jangan risau. Jimin tak apa-apa. Dia cuma cedera ringan sahaja. Sekarang dia tengah tidur. Saya beri dia ubat tidur. Kalau tidak, tak reti duduk diam." Kata doktor yang merawat Jimin. Makcik Nara terduduk lemah. Walaupun lega, aku tahu hati tuanya tetap risau. Mak di sisi Makcik Nara. Aku pula tetap berdiri.

"Macam mana dia boleh kemalangan, doktor?" Soal aku ingin tahu. Doktor memandang aku.

"Mabuk."

"Mabuk?!"

"Ya. Tapi alkohol dalam badan dia tak tinggi." Katanya lagi. Aku betul-betul terkejut. Jimin mabuk? Aku langsung tak pernah nampak Jimin minum. Mabuk.. lagilah.

"Bila dia boleh balik?" Soal aku.

"Kalau dia dah sedar, dan tak ada apa-apa masalah, hari tu juga dah boleh balik." Kata doktor itu. Aku mengangguk.

"Okey, doktor."

"Buat masa sekarang, boleh jenguk. Tapi dia tidurlah."

"Ya, tak apa. Thank you."

"Pleasure."

Doktor tersebut beredar. Aku menarik nafas panjang. Macam mana aku nak hadap Jimin ni?

~~~~~~~

Aku duduk luar sendirian. Mak dengan Makcik Nara dekat dalam wad Jimin. Dah sedar katanya. Ikutkan hati, aku nak masuk. Tapi bila fikir balik, macam mana aku nak hadap dia? Aku yang tinggalkan dia. Aku yang suruh dia pergi. Ni tiba-tiba aku datang semula. Dah macam ludah jilat semula!

Itulah, Sejung. Buat sesuatu tu fikir. Terlajak perahu bolehlah kau tarik balik. Terlajak cakap kau nak tarik apa?! Mulut?!

"Sejung." Tubuh aku sedikit tersentak apabila Makcik Nara sentuh. Aku mendongak. Mak dengan Makcik Nara dah keluar.

"Ya?"

"Jom balik." Kata mak.

"Terima kasih, Sejung. Sebab hantar makcik ke sini." Kata Makcik Nara. Aku tersenyum.

"Sama-sama. Makcik nak stay?"

"Haah. Jimin belum boleh keluar wad. Dia kena X-Tray. Ada masalah dekat tulang bahu. Tergalih rasanya. Tak pun retak."

"Retak?"

"Haah."

Aku diam. Teruk juga. Kata doktor, dia baik-baik saja.

"Okey. Jaga diri ya?" Pesan aku. Makcik Nara mengangguk. Aku mencium pipinya ala kadar dan terus beredar bersama mak. Sampai ke kereta, aku mula soal siasat mak.

"Mak, Jimin ada cakap apa-apa ke?" Tanya aku. Mak mengeluh.

"Kenapa? Kau ingat dia nak bercakap pasal kau lepas kau dah tolak lamaran dia?"

Ddaeng!

Sakit jiwa dan raga aku terasa remuk dilanggar mak. Mak bawa stroller. Haish..

"Manalah tahu.."

"Ada. Dia ada cakap pasal kau."

Kepala aku terus menoleh memandang mak. Mak tayang muka tenang.

"Dia cakap apa?"

"Dia tak nak berjumpa dengan kau."

Aku terkedu. Automatik hati aku rasa sakit. Mata berair, hidung pedih.

"Dia cakap macam tu?"

"Ya. Sejung, kalau kau nak tahu, bakal isteri yang dia kata dekat kau selama ni, bukannya orang lain, kau juga. Dia saja nak buat kejutan. Tapi bila jadi benda tu dekat kau, dia terus tak jadi kahwin. Bukan sebab dia tak sudi, tapi sebab dia nak bagi kau ruang. Bakal suami yang mak nak kenalkan dengan kau tu, dialah. Saja mak tak nak jumpakan depan-depan. Kantoilah! Dia dah suka dengan kau sejak awal lagi, nak."

Terus air mata aku mengalir saat itu. Aku genggam stereng sekuat hati, aku menangis.

"Sebab tu dia kecewa bila kau tolak lamaran dia dengan alasan, kau tak macam perempuan lain. Dia sanggup bagi kau ruang sebab tak nak kau terkejut. Ni, bila kau dah baik, kau pula tolak dia. Kecewalah dia." Kata mak lagi. Aku semakin teresak. Nak sangat aku berpatah balik semula ke hospital untuk berjumpa Jimin. Tapi...

"Sekarang ni dah terlambat. Kau dah tak nak, dia tunggu apa lagi? Dia pun bergeraklah tinggalkan kau juga."

"Mak.. mak rasa dia.. dia maafkan saya tak?" Soal aku. Mak diam. Diam tu.. aku takut.

"Entahlah. Hati dia, mak tak tahu."

Aku resah. Tertekan aku dibuatnya. Aku perlu jelaskan dan buat sesuatu. Aku perlu bersemuka dengan dia! Asalkan dia tidak salah faham, niat aku menolak lamarannya bukan kerana aku tak suka. Tapi aku sayang dan mementingkan rasa bahagianya.

~~~~~~

Depa kahwin, tamat.

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now