Bab 41💨

4.1K 632 20
                                    

Sejuk tangan dan kaki aku. Rindu? Salah hantar mesej ke apa?

Awak demam ke, Jimin?
Salah hantar mesej?

Aku menanti dengan hati yang sabar. Dia dalam talian. Dan sedang menaip.

Salah hantar?
Awak Sejung, kan?

Aku menelan liur yang terasa kelat. Berdebar sakan jantung aku. Apa maksud rindu tu?

Kenapa 'rindu'?

Sekali lagi, aku membalas. Aku perhatikan ruang perbualan aku dengan Jimin. Jimin dalam talian, dan tak semena-mena mesej balasannya itu menjerut leher aku.

Ich liebe dich

"Mak! Mak!" Aku terus menjerit memanggil mak. Aku berlari keluar dari bilik dan menuruni tangga sedikit kelam kabut.

"Mak!"

"Apa?!"

"Apa maksud ich liebe dich?" Soal aku.

"Bahasa alien mana yang kau belajar ni?" Aku menepuk dahi.

"Cuba mak baca ni." Aku sempat melindungi perbualan atas aku dan Jimin dengan tangan. Hanya memberikan mak baca ayat pelik yang Jimin bagi itu sahaja.

"Ich.. lie.. be.. dich?" Mak diam sekejap selepas baca ayat tersebut.

"Ni bahasa German." Kata mak. Aku terus terdiam.

"German? Mak pernah belajar bahasa German, kan? Apa maksud ayat dia?" Soal aku ingin tahu. Mak memandang aku.

"I love you."

"What?!"

Aku terduduk.

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now