Bab 58💨

4.5K 585 19
                                    

"Emm.. abang. Hana rasa tiba-tiba tak sedap badanlah. Boleh tak Hana nak ikut abang pergi klinik?" Aku yang sedari tadi memejamkan mata, terus angkat kepala.

"Dah nak sampai dah. Kenapa baru cakap sekarang?" Soal Jimin. Aku yang mendengar dari belakang dah lain macam rasa. Macam-macam perasaan aku dapat rasa sekarang.

Cemburu.

Marah.

Sakit hati.

"Sorry. Tapi Hana betul-betul tak sedap badan. Pening, rasa nak muntah." Aku mendengus.

"Mengada-ngada je kan sebenarnya kau ni?"

"Akak ni kenapa? Hana cakap dekat abang, kan? Tak payahlah menyampuk." Kata Hana. Aku berapi. Baru je nak balas balik, pandangan mata redup Jimin mematikan pergerakan aku. Aku memeluk tubuh dan kembali diam.

Bela sangat perempuan tu, kan? Tengoklah nanti aku buat apa.

Kereta Jimin berpatah balik semula. Tidak jadi menurunkan Hana di rumahnya. Tetapi dia bawa sekali ke klinik.

Aku lebih banyak bermain dengan telefon sementara nak sampai ke klinik. Aku perasan Jimin pandang. Tapi aku tak nak pandang dia. Suka sangat dengan Hana, kan? Hah pergilah!

"Hana turun dulu, saya nak letak kereta." Kata Jimin sebaik sahaja kereta berhenti di hadapan klinik. Tetapi disebabkan tiada tempat parkir yang kosong, jadi aku fikir lebih baik Hana turun dahulu untuk berdaftar. Tak adalah buang masa.

"Habis Kak Sejung? Turunlah sekali."

"Awak turun dulu, Hana."

"Kalau macam tu, saya tak nak turun. Saya nak saing sama-sama dengan abang. Hah! Tak pun, biar Kak Sejung yang turun dulu."

Aku geram, sakit hati sangat, aku terus keluar dari perut kereta.

"Sejung! Stay!" Jimin menahan. Tapi aku pekakkan telinga. Aku hempas pintu kereta sekuat hati dan terus berjalan laju ke klinik. Waktu ini kesakitan kaki sama sakit dengan hati aku.

Terdengkut-dengkut masuk ke dalam klinik. Aku daftar sendiri, menanggung sakit sendiri, tunggu sendiri. Jimin dengan Hana, lantak dia. Kali ni aku marah betul-betul. Bukan dengan Hana je, dengan Jimin sekali aku naik angin.

Bunyi loceng yang datang dari pintu masuk menarik perhatian aku. Jimin dan Hana masuk. Mujur mereka tidak berpegangan tangan. Kalau berpegangan tadi.. aku sumbat ubat bengkak dalam mulut Hana. Biar satu badan membengkak!

"Kenapa keluar tadi? Saya suruh Hana, bukan awak."

Aku diam. Jimin duduk di sebelah aku, Hana sibuk nak menghimpit. Aku rimas, aku biarkan dia duduk di sebelah Jimin.

"Sejung, saya bercakap dengan awak ni. Look at me." Dagu aku ditarik, tapi aku berdecit dan tolak tangannya menjauh.

"Orang nampaklah. Malu sikit."

"Okay, look, I'm sorry. Saya tak boleh nak buat apa. Dia jiran kita. Lagipun biasalah, budakkan?"

"Kang Sejung!"

Aku memandang nombor giliran aku. Dah tiba. Aku terus bangun.

"Saya tolong."

"Tak payah." Aku tepis tangannya pergi dan masuk ke dalam bilik doktor yang begitu dekat sekali ini. Dua kali langkah je dah sampai.

"Hati-hati. Ada apa-apa, panggil."

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now