Bab 52💨

4.8K 642 69
                                    

Aku fikirkan, Jimin akan terkejut dan terus mahu berbaik dengan aku lepas aku serga dia semalam. Rupanya tidak. Aku dan dia semakin jauh. Sangat jauh.

Mak dengan Makcik Nara pun dah jarang jumpa sebab Makcik Nara dan Jimin pindah rumah. Jauh jugalah dari sini. Satu jam lebih. Jimin terpaksa tukar universiti. Oleh sebab itulah mereka dua beranak terpaksa berpindah.

Aku menjalani kehidupan seperti biasa. Daripada hari ke hari, minggu ke minggu, sehingga memakan bulan, aku menanti Jimin. Tapi akhirnya aku sendiri yang berputus asa. Jimin yang mahukan perpisahan. Aku terima.

Tuk! Tuk!

Aku memandang pintu. Apa lagi..

"Masuk." Malas aku nak bangun buka pintu kelas. Aku dah tak ada daya. Pelajar tak ada, aku malas betul nak bangun. Biarlah aku kematu dekat sini.

"Ehem.."

Aku menoleh. "Shit."

~~~~~

"Buat apa datang sini?" Aku menunduk. Konon-konon membaca. Padahal, aku betul-betul berdebar. Kehadiran mengejut Park Jimin ke pusat mengajar aku hari ini menjerut leher.

"Datang pun tak boleh?"

Aku diam. Cuba nak profesional, tapi kalau dah depan mata aku sekarang adalah Jimin, macam mana aku nak profesional? Lebih-lebih lagi kalau dia sinis macam ni. Aku malu.

"Nak apa sebenarnya?" Aku mengeluh.

"Saya datang, nak tuntut hak saya." Kata Jimin. Kepala aku terus terdongak.

"Hak? Hak apa?"

"Awaklah hak saya. Siapa lagi?"

Aku terkedu. Tapi aku cuba bertenang. Aku cuba kawal rasa ingin tahu.

"Bukan awak ke yang dah tak nak berkawan dengan saya?"

"Saya? Awak yang tolak saya dulu."

Sekali lagi, aku terkedu. Habis semua dia ungkit. Tak terkata apa aku dibuatnya.

"Sejung." Aku menelan liur. Aku cuba melawan mata dengannya.

"Apa?"

"Saya sayang awak."

Kali ni, aku terus tak mampu bertahan. Aku bangun dari kerusi, aku ke tingkap.

"Tipu. Takkan secepat tu awak boleh cari pengganti?"

"Pengganti?"

"Profile awak tu."

Aku pusingkan tubuh memandang Jimin. Aku tarik tangan memeluk tubuh. Jimin diam seketika sebelum dia tergelak. Aku kehairanan.

"Kenapa ketawa? Betullah, kan?"

"Oh.. sweetie."

Meremang bulu roma aku mendengar suara dan panggilan itu. Mata aku membulat, aku mengundur ke belakang setapak.

"Cemburu?"

"Eh, mana ada! Tak cakap apa-apa pun."

"Tak baik tipu. Kalau awak tipu, awak cirit birit seminggu." Semakin besar mata aku. Jimin senyum. Oh, tuhan. Dah lama aku tak tengok senyuman nakal ini.

"Jujur cepat. Cemburu, kan?"

"Sakit hati je." Aku memandang ke luar tingkap. Masih memeluk tubuh.

"She's my niece." Kata Jimin. Aku berdecit.

"Tipu. Anak saudara? Muka dia hampir sebaya dengan awak, kut."

"She's 18. Model."

Oh, damn. Model, 18. Cantik, comel. Aku cemburu.

"Kahwin jelah dengan dia. Cantik, model, muda. Saya ni apa? Dahlah tua, tak cantik, gemuk pulak tu."

"Mana boleh kahwin dengan anak saudara, sayang. Salah. Tak belajar eah?" Tubuh aku mengeras atas beberapa faktor.

Pertama, kerana panggilan itu.

Kedua, Jimin peluk aku!

Argh!

"Jom kahwin?"

Tuhan.. aku lemah.

"Kita kahwin esok. Nak?"

~~~~~~

Ni nak sampai bab berapa baru nak tamat ni 🌚🌚🌚🌚🌚.

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now