Bab 35💨

4.2K 593 2
                                    

Lama aku berehat, akhirnya aku boleh keluar rumah lagi untuk mengajar. Aku nekad untuk membuang rasa gundah dan risau aku jauh. Aku mahu hidup seperti biasa. Bersama mak.

Dan Jimin.

"Dah siap?" Aku mengangguk sambil tersenyum. Jimin diarahkan oleh mak untuk hantar dan ambil aku di tempat kerja. Tapi setiap hari Ahad saja sebab Jimin mengajar salah seorang pelajar aku yang memaksa aku mengajar Biologi untuknya.

Aku carikan Jimin dan akhirnya mereka berdua serasi. Syukurlah.

"Informal outfit?" Aku menyoal Jimin sebaik sahaja aku masuk ke dalam keretanya.

"Haah. Student tu tak dapat datang. Demam campak." Kening aku ternaik sambil memasang tali pinggang keselamatan.

"Oh ya? Tengah musim orang demam kut."

"Mungkin."

Kereta mula bergerak. Aku tenang. Jimin juga.

"Sejung.." seru Jimin. Aku menoleh memandangnya.

"Ya?"

"Boleh saya tanya sesuatu?"

Aku diam buat sesaat. Seakan-akan dapat menghidu soalan yang bakal tiba.

"Tanyalah."

"Macam mana awak boleh kena rogol sebenarnya?" Aku terus kelu. Lidah aku beku, jantung aku laju tiba-tiba.

Sekali lagi, aku panik. Aku sentuh dada, bernafas laju. Perut sakit.

"Sejung? Okey, okey, relaks. Tarik nafas." Tangan aku disentuh Jimin. Terasa sekali dia menggenggam erat. Aku dapat rasa dan sekejap sahaja aku kembali tenang.

"Saya minta maaf."

Maaf lagi.

"Awak.. tak salah."

"Saya salah sebab bertanya." Kata Jimin. Aku sedaya upaya menggeleng.

"Tak. Saya faham awak perlukan penjelasan untuk bagi kepada pihak polis. Tapi maafkan saya, Jimin. Saya tak bersedia nak cerita semula. Saya takut." Kata aku, jujur. Aku menahan rasa ingin menangis. Aku perlu halang rasa lemah ini supaya tidak menyerang. Aku perlu buktikan bahawa kisah silam tidak memakan diri aku walhal hampir setengah hilang kerana kes itu.

"Ceritalah dekat saya bila awak dah bersedia. Saya dengar." Kata Jimin. Aku memandangnya sekilas.

"Terima kasih sebab ada dengan saya." Aku sandarkan kepala dan pejamkan mata. Disebabkan rasa takut itu, aku hanyut dalam tidur yang singkat.

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now