Bab 34💨

4.1K 612 10
                                    

"Kenapa awak tak jadi kahwin?"

Tanpa salam atau tanya khabar, aku terus menyoal Jimin dengan pantas sebaik sahaja panggilan aku diangkat. Aku tak dapat menahan dari menanya selepas mak tak bagitahu punca sebenar dia membatalkan majlis perkahwinannya.. sama seperti aku.

"Sejung.. okey tak ni?" Soal Jimin. Aku mengetap bibir sambil memeluk tubuh. Aku menapak ke luar rumah. Mencari-cari kelibat Jimin kalau ada. Aku perlukan penjelasan. Lupalah sekejap pasal kisah lama.

"Jawab dulu soalan saya. Kenapa tak jadi kahwin?" Aku ulang soalan. Jimin ketawa kecil. Manja bunyinya pada telinga aku.

"Saja."

"What?"

"Dapat berita dari siapa ni?"

"Mak."

"Mak cakap macam mana?"

"Awak tak jadi kahwinlah."

Dia ketawa lagi. Ke.. kelakar ke?

"Kejap."

Tut.. tut.. tut..

Panggilan aku diputuskan. Aku mengeluh dan duduk di bangku yang terdapat di hadapan rumah aku. Di luar pagar.

Tiba-tiba, Jimin muncul dari rumahnya. Dia duduk di sebelah. Aku terkejut. Penyakit terkejut aku masih tak hilang.

"Okey, cakaplah." Katanya tiba-tiba. Aku mengerutkan dahi.

"Jawablah soalan saya tu." Kata aku. Dia memandang aku, bibirnya ada senyuman.

"Dah jawab tadi. Saja." Aku menganga. Gila.

"Takkanlah.." aku menggeleng tidak percaya. Jimin ketawa lantas mengeluh.

"Macam mana saya nak kahwin kalau pengantin perempuan saya tak ada?" Aku automatik tertoleh memandangnya. Wajah aku masih hairan.

"Tak ada? Maksud?"

"Dia sakit. She need time. And yeah.. daripada tangguh, baik batalkan terus." Kata Jimin. Aku terdiam lagi. Sakit..

"Sakit apa?" Entah kenapa, aku terlalu ingin tahu.

"Sakit 'dalam'." Jawab Jimin. Selepas itu, aku langsung tak menjawab apa-apa. Aku hormat Jimin. Aku hormat privasinya.

"Tak sangka kita sama. Kahwin tarikh sama, batalkan pun sama-sama. Tak jadi kahwin." Kata aku tanpa sedar. Jimin menoleh.

"Ada jodoh kut?"

"Apa?" Telinga aku kurang jelas. Tapi aku yakin, perkataan 'jodoh' itu disebut.

"Tak ada apa-apa."

Aku mencebik. "Tipu."

Dia ketawa lagi. Tenang aku mendengarnya. Aku tersenyum. Jimin.. dia adalah pelangi indah yang Tuhan kirimkam untuk menceriakan hari-hari aku. Aku tersenyum lebih lebar.

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now