Bab 8💨

4.8K 684 24
                                    

"Amboi mak. Banyak makanan? Siapa nak datang?" Soal aku sambil mencolet sedikit kuah merah yang terisi penuh di dalam mangkuk.

Stew kimchi.

"Aip!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Aip!"

"Aduh!" Aku menggosok belakang tangan yang ditepuk mak. Walaupun perlahan, tapi bila tepat kenanya, berbisa juga.

"Kau entah datang dari mana, nak mencolet aje kerjanya. Tangan tu entah bekas garu ketiak, garu buntut, korek hidung, mencecah makanan mak." Mahu terkeluar anak tekak aku dibuatnya mendengar mak mengata aku.

"Amboi, mak. Kut ya pun tak nak saya rasa, janganlah bagi contoh busuk sangat, mak. Geli saya."

"Hah tahu pun geli! Sebab tu tak kahwin-kahwin sampai sekarang. Pengotor!" Kata mak lagi dengan selamba. Sungguh menyentapkan hati aku. Terbelah dua dibuatnya.

"Kalau mak tak nak saya rasa masakan mak, mak cakap jelah. Tak payalah mak nak buruk-burukkan saya. Tak pelah, say.."

"Berani kau nak naik? Mari sini tolong mak." Halang mak sambil mengayunkan tangannya menyuruh aku menolong. Aku mencebik sambil memeluk tubuh.

"Tak nak."

"Eh, jangan nak merajuk. Muka kau dengan kain buruk mak ni lebih kurang je. Dah sini!"

Aku memgomel dalam hati. Nasib baik mak. Kalau tak, memang merajuk panjang aku.

Aku datang dekat mak juga.

"Nak minta tolong apa ni?" Soal aku. Mak tiba-tiba menghulurkan bahan untuk buat jeli manisan.

"Apa ni?"

"Buat manisan sikit untuk tetamu kita." Kata mak. Aku mengerutkan dahi. Tapi tetap juga aku sambut.

"Siapa ni? Kenapa saya tak tahu?"

"Buat apa nak bagitahu kau. Nanti kau halau mereka pula." Aku semakin hairan. Wah, mak dah pandai simpan rahsia sekarang.

Aku pun buat jeli laici permintaan mak. Aku buat perlahan-lahan. Sambil-sambil tu, aku termenung.

Dah dua hari dah kereta aku masuk 'wad'. Entah bila kura-kura aku tu nak sihat. Jimin pula.. dah tak telefon aku. Mesej pun tak. Yelah, siapa aku?

Aku menarik nafas panjang. Lupakan semua itu buat seketika sebelum aku menyiapkan sehingga langkah yang terakhir.

"Mak! Dah siap."

"Terima kasih anak mak."

Aku tersenyum. Dah tak merajuk dengan mak dah.

Ding dong!

Ding dong!

Loceng rumah berbunyi. Aku memandang pintu rumah yang tegak dengan tubuh aku.

"Buka, Sejung. Dah sampai agaknya tetamu kita tu." Kata mak. Aku mengangguk dan terus ke pintu utama. Tanpa melihat monitor, aku terus buka pintu.

Buat sesaat, aku beku.

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now