Bab 59💨

4.9K 639 33
                                    

"Awak kahwin jelah dengan Hana tu. Tak payah kahwin dengan saya." Aku bersuara tiba-tiba sebaik sahaja Hana keluar dari kereta untuk masuk ke dalam rumahnya. Kereta Jimin belum bergerak lagi, aku dah luahkan rasa berbuku di hati.

"Sejung."

"Hana kan suka awak. Awak pun suka dia juga nampaknya. Kahwin jelah dengan dia. Kita putus."

"Cakap apa ni?"

Suara Jimin dingin. Dia memandang aku melalui cermin belakangnya. Aku memandang ke tempat lain.

"Jangan berani-berani sebut pasal putus dengan saya." Amarannya. Aku diam. Kawal diri dari terlalu sensitif. Aku sakit hati dengan Hana, tapi Jimin terkena juga. Bukan apa, Jimin pun melayan. Dah tau Hana perangai macam tu, pergi layan lagi buat apa? Kan cari penyakit namanya.

"Duduk depan." Arah Jimin. Aku menggeleng.

"Tak nak."

"Awak ingat saya driver awak ke?"

"Kalau tak nak hantar saya balik, saya balik sendiri."

"Oh my fianceé. What's with you today, huh?"

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now