Bab 26💨

4.2K 579 6
                                    

"Lepaskan akulah!"

"Diam."

Aku meronta kasar di dalam ikatan yang begitu ketat membelit tubuh. Lelaki ini membawa aku ke satu hotel. Hotel yang aku tak tahu apa namanya. Tahu-tahu sahaja, aku sudah terbaring di atas katil. Mujur sahaja pakaian masih melekat pada tubuh.

"Doni tu berhutang dengan aku (RM600,000.00). Dia tak ada duit nak bayar. Nasib baiklah dia bijak. Dia jual kau, setimpal dengan harga hutang tu walaupun sebenarnya kau mesti lebih mahal dari harga tu." Kata lelaki tersebut. Aku benar-benar terkejut.

Lelaki ini..

Pakcik Doni jahat.

"Tolonglah lepaskan aku. Aku merayu."

"Janganlah merayu sekarang. Merayu masa kita 'in game' nanti. Merayu yang kau nakkan aku. Aku akan bagi." Aku mula terasa hendak menangis. Takut sangat. Jantung aku begitu laju berlari. Aku fikirkan mak, aku fikirkan majlis aku yang akan berlangsung. Semua benda aku fikirkan.

"Jangan macam ni. Aku tak kenal kau, dan kau tak kenal aku. Tolonglah, lepaskan. Aku janji, aku akan bayar duit tu."

"Cash?"

Aku diam. Menelan liur yang begitu pahit sekali.

"Bagi aku mas.."

"Tak. Aku nak cash, on time. Boleh?" Air mata aku sudah mula bertakung. Lelaki ini memprovok minda aku. Fikiran aku serabut.

"Kalau tak boleh.. ikut je apa aku suruh." Katanya. Lelaki itu mendekati aku. Dia merangkak di atas katil. Aku mengesot ke tepi, menjauh.

"Ja.. jangan dekat dengan aku. Aku.."

"Aku tak berkasar dengan kau. 'Permainan' ni akan menarik. Aku janji."

"Tak nak! Tolong! Tolong!"

PANG!

Hayunan tangan seorang lelaki menempel pipi aku. Aku terbaring, pipi aku berdenyut. Akibat rasa penat dan letih, aku tak kuat ingin melawan. Nafas aku kian perlahan, aku pejamkan mata rapat.

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now