Bab 36💨

4.2K 593 11
                                    

Aku dan Jimin masuk ke dalam pusat mengajar sama-sama. Dia nak teman. Jadi aku tidak menghalang kerana dia pun mengajar di sini juga buat sementara.

"Saya jumpa students lain sekejap ya?" Kata Jimin. Aku mengangguk dan kami terpisah. Dia ke tingkat atas, aku di tingkat bawah.

"Sejung! Sampai pun." Aku tersenyum nipis mendengar sapaan dari Encik Young. Encik Young merupakan tutor di sini juga. Cuma jarang kami bersemuka.

"Ya, Encik Young."

"Tak payah encik. Panggil biasa je." Katanya. Aku menunduk dan ingin beredar. Takut berhadapan dengan lelaki. Hanya Jimin sahaja yang boleh berada dekat dengan aku setakat ini.

"Eh, sekejap." Encik Young tiba-tiba memegang pergelangan tangan aku. Aku terkejut dan menepis.

"Sa.. saya dah lambat ni, Encik Young."

"Alah, students belum sampai. Sini sekejap." Aku menggigil ketakutan tatkala aku ditarik masuk ke dalam sebuah kelas kosong. Aku ingin menjerit memanggil Jimin, tetapi suara aku tidak keluar. Kejadian lama itu kembali mengimbas.

"Saya nak berbincang sesuatu dengan awak je. Relaks." Katanya. Aku memandang tangan Encik Young mengunci pintu kelas. Aku berdiri jauh darinya.

"Bincang soal apa?" Tanya aku. Tapi Encik Young diam. Dia hanya tersenyum dan merapati aku.

"Awak ni cantik, Sejung." Tangan Encik Young naik menyentuh pipi.

"Apa ni, Encik Young?!"

"Eh, garang pula."

"Jimin! Tolong saya!" Aku menolak tubuh Encik Young menjauh. Aku menjerit, tetapi Encik Young cuma tersenyum dan ketawa.

"Lelaki tadi boyfriend awak ke?"

"Encik Young, sebelum saya buat laporan, baik encik kawal diri." Kata aku.

"Kalau saya tak nak?"

Aku mengetap gigi. Lemahnya aku. Lawanlah!

"Jimin! Jim.. umpph!" Sekali lagi, aku tewas. Encik Young mengucup aku. Kedua belah tangan aku dipegang dan ditolak ke atas, melekat pada dinding. Pinggang aku dipeluk erat sehingga tubuh kami bersentuhan.

Aku sangat terkejut dan panik. Kaki lemah, perut memulas, jantung laju berdetak. Aku cuma melawan, tetapi ketakutan lebih besar dari kekuatan.

Ciuman semakin kasar. Aku cuba mengelakkan kepala.

"Jimin! Jim.. argh! Tolong saya! Jimin!" Aku menjerit sekuat hati.

"Diam!" Encik Young bertindak kasar. Kepala aku dipegang, bibir aku kembali dikucup kasar. Aku pejamkan mata rapat dan ketap bibir serapat yang boleh. Tetapi kekuatan yang datang tadi kembali lemah. Tangan Encik Young memasuki ke dalam kemeja aku. Bayangan dulu.. kembali berulang.

DUM!

Tubuh aku terlepas dan cengkaman Encik Young tatkala bunyi pukulan kedengaran. Aku mamai. Terduduk di hujung dinding dalam keadaan badan yang menggigil.

Aku dengar Jimin mencarut. Aku dengar dia memarahi Encik Young. Malah aku nampak tubuh Encik Young yang berisi itu terduduk di atas lantai. Para pelajar yang melihat mula mengerumuni aku.

"Miss.. miss okey ke?" Tanya mereka. Aku tidak dapat menjawab. Aku hanya perlukan Jimin.

Kekuatan aku.

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now