Bab 55💨

4.9K 644 87
                                    

"Abang, abang! Sinilah duduk sebelah Hana." Aku dengar suara manja itu memanggil-manggil Jimin. Aku kecilkan mata memandang Son Hana, anak Makcik Son. Dengan gaya seksinya, dengan pergerakan tubuhnya, hayunan tangannya yang gatal tak tentu pasal, aku sakit jiwa melihat.

Yang si Jimin tu pula layan. Tak faham bahasa ada hati yang tengah berdarah dekat sini.

"Saya ada kerja lain. Awak staylah."

"Alah, abang."

Berbulu lagi telinga aku. Tapi aku diam, aku tahan sahaja. Mak pula entah bila nak balik. Dia kata nak berehat. Aku punya tunggu, tak bergalih lagi punggung tu dari sofa. Bukan main dia berborak dengan bakal besan dia dan keluarga sepupu Jimin.

Jimin dan Makcik Nara sudah berpindah, jadi yang menghuni rumah ini sekarang adalah keluarga sepupunya. Aku hampir lupa soal itu sehinggakan aku fikirkan Jimin masih di sini.

Terus aku terfikirkan soal mak. Patutlah mak sedih aku nak kahwin. Aku makin jauh dengan dia. Hmm..

"Mak awak cari awak tadi, Hana. Nak balik agaknya. Pergilah." Kata Jimin. Cuba mengalihkan perhatian Hana.

"Mama dah balik dah." Kata Hana tenang.

"Aik? Habis tu awak dekat sini?"

"Yelah. Nak tolong abang dengan makcik. Saya balik lewat sikit." Aku pegang leher. Loya. Nak je aku sembur sekali.

KAU TOLONG GODA TUNANG AKU DARI TADI, HANAT.

"Ohh.. tak payah susah-susahlah. Majlis dah nak habis dah pun. Lagipun bukan banyak sangat benda nak kena buat. Tunang saya ada, saya ada. Boleh buat semua ni." Berbunga hati aku bila Jimin sebut 'tunang saya' depan muka Hana. Biar Hana sedar diri sikit dengan siapa dia bercakap.

"Alah, tak apalah. Sekali-sekala." Aku mengetap gigi. Geram betul. Kena budak Hana tu nanti.

"Hmm.. suka hati awaklah." Jimin nampaknya dah malas nak melayan. Aku yang jauh macam ni pun boleh nampak Jimin bosan. Dia keluar dari rumah, meninggalkan Hana yang sedang cemberut duduk di satu tempat. Aku pula di dapur.

Aku kemaskan apa yang patut di dapur ini.

"Ehem.." aku menoleh. Melihat susuk tubuh itu datang menghampiri, aku sudah mula nak hentak-hentak gelas dalam sinki.

"Apa?"

"Sorang?"

"Eh, tak nampak ni ramai anak toyol?" Provok. Hana mencebik. Dah tahu aku sorang, tu pun tanya lagi.

"Hana tanya je. Akak nak marah pulak."

"Aku tak marah pun." Aku hentak gelas dalam sinki. Geram sangat. Aku tahu bunyi-bunyi ni mencuri perhatian. Lebih-lebih lagi Jimin. Tahulah dia yang aku tengah marah.

"Macam mana akak boleh kenal Abang Jimin?"

Aku genggam gelas kuat. Silap hari bulan terpacak kaca gelas ni dekat dahi Hana.

"Kerja." Kata aku.

"Yelah, macam mana?"

"Eh, kain aku sibuk je kau nak jaga. Kenapa?" Aku menyoal garang. Hana menjeling sambil memeluk tubuh. Selamba je sandar dekat kabinet dapur. Macam dia mem besar dalam rumah ni.

"Belagaknya. Baru bertunang kut. Kahwin tak lagi. Akak ingat akak boleh ke kahwin dengan Abang Jimin? Mimpi jelah. Sepatutnya Hana yang kahwin dengan dia. Hana muda, cantik. Akak? Tua. Entah boleh puaskan entah tidak."

Terus aku campak gelas di tangan tadi ke dalam sinki. Pecah.

"Sejung! Apa yang pecah tu?!"

"Hati!"

Aku menjeling Hana tajam. "Jaga mulut kau tu."

"Eleh, akak dah malukan? Akak bukannya dara lagi." Kali ni aku betul-betul marah. Aku geram, aku tarik rambut dia sekuat hati.

"Auw! Auw sakitlah, Kak Sejung! Lepaslah!" Aku heret dia sehingga ke pintu dapur. Aku tak peduli mak, Makcik Nara dan Jimin yang berlari anak ke dapur. Aku sakit hati.

"Duduk kau dekat situ. Kawan dengan kain buruk." Aku terus berlalu.

"Sejung!" Panggilan Jimin aku abaikan. Aku menonong keluar rumah dan ke pintu pagar.

"Sejung, stop!" Lengan aku diraih. Aku berdecit kuat.

"Saya nak baliklah! Awak belalah perempuan tu!"

"Sayang.."

Aku diam. Mata aku mula kabur. Hidung perit. Kenapa perlu ungkit soal kekurangan aku yang satu itu? Kenapa?

"Jangan macam ni. Please?" Kedua belah tangan aku, Jimin pegang. Kemudian dia tarik aku supaya mengikutinya ke belakang tembok pagar. Ingin menghalang orang lain dari melihat kami berdua berbincang.

"Dia buat apa dekat awak sebenarnya? Hmm?" Soal Jimin. Lembut sahaja suaranya.

"Dia ada buat awak sakit?"

"Sakit hati." Kata aku, jujur.

"Dia cakap apa?"

"She said that I'm not virgin anymore. Awak rasa?" Soal aku garang. Jimin diam sesaat, sebelum dia tergelak. Aku mendengus kasar dan tarik tangan dari dipegang Jimin.

"Kelakar ke?" Aku kesat hujung mata dengan jari.

"Your whole body is still virgin for me. Dia tahu apa?"

Khinzir betul jantan ni.

"Gilalah!" Aku hentak kaki kuat dan tanpa mempedulikan Jimin, aku beredar. Dengar Jimin ketawa, bertambah-tambah aku sakit hati.

~~~~~~~

Maaf saya celaru sikit. Sepatutnya Jimin dengan Makcik Nara dah pindah. Tapi saya ni entah fikir apa, saya TERRRRR buat mereka macam tak berpindah. So, saya cover salah saya, rumah lama mereka, keluarga sepupu Jimin yang duduk. Thats why majlis tu adalah majlis anak buah dia yang baru lahir tu. Jimin dengan Makcik Nara tetap berpindah dan duduk rumah lain. Tapi buat masa sekarang anggaplah mereka stay dekat rumah lama untuk majlis tu.

Maafkan salah saya. Anyway..

Faham ke tak faham?

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now