Bab 28💨

4.5K 612 31
                                    

"Fizikalnya cedera. Bila kami buat pemeriksaan, dan polis buat siasatan, dia didapati dirogol. Kemaluannya cedera, seperti ada objek yang dimasukkan ke situ. Pesakit dalam trauma, kami sedang memberikannya rawatan." Jelas Doktor Gong kepada Jimin dan mak. Mak terduduk, cepat sahaja ibu Jimin menangkap. Sementara Jimin sudah terdiam. Hatinya geram marah.

Siapa yang buat benda ni sebenarnya?

"Tolong tangkap orang yang menganiaya anak aku. Tolong." Kata mak. Inspektor Kim yang turut bersama di situ mengangguk.

"Kami akan buat, puan. Jangan risau. Cuma, sedikit mengambil masa. Suspek lari, agak sukar kami nak cari memandangkan identiti dia semuanya palsu."

"Sejung dirogol. Mesti ada kesan dari suspek?"

"Masa saya jumpa, Sejung dah mandi. Sepatutnya kalau kes macam ni, elak mandi. Bukti hilang. Tapi tak apa. Saya akan jejak dengan pasukan saya. Kalau nak tanya Sejung sendiri pun, dia tak akan jawab. Dia masih takut." Kata Inspektor Kim lagi. Jimin mengeluh pendek, dia mengangguk.

"Baiklah. Buat apa saja, encik. Saya bayar." Kata Jimin. Fikirannya celaru. Dia terlalu ingin berjumpa dengan Sejung. Tapi.. dia yakin, dalam keadaan Sejung ketakutan, wajah sesiapa sahaja akan mendatangkan bayang kisah silam.

~~~~~~

Cerita saya tak pernah tak pelik 😂

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now