Bab 31💨

4.5K 661 7
                                    

Aku selesai makan masakan mak yang dihantar oleh Jimin tadi. Kenyang, penuh. Rindu aku terhadap mak semakin hilang.

Aku memandang pintu. Kenapa tak ada orang masuk? Aku menanti kehadiran Jimin sebenarnya. Tapi, tiada. Silap aku, menghalaunya pergi.

Aku menolak gebar jauh dari tubuh. Aku turunkan kaki untuk ke tandas. Tapi, entah macam mana, mungkin kaki aku sudah lama tidak berjalan, aku hampir terjatuh. Tetapi mujur sempat berpaut pada katil.

"Sejung! Awak kenapa?!" Entah bila suara itu muncul, aku tidak tahu. Tetapi lelaki yang aku sebut-sebut tadi kini muncul di hadapan mata. Lengan aku dipegang. Aku sedikit terkejut.

"Saya tolong." Aku tidak jadi hendak menepis. Tubuh aku sepenuhnya berpaut pada Jimin dan perlahan-lahan berdiri.

"Nak pergi mana?" Tanya Jimin. Aku memandangnya seketika.

"Tandas."

"Boleh jalan?"

Aku mengangguk. Aku melepaskan tangan dari tangan Jimin, tapi baru beberapa saat aku berdiri, kaki aku lemah semula. Aku kembali berpaut padanya.

"Say.."

"Pegang je." Kata Jimin. Seakan-akan tahu aku mahu menjelaskan situasi yang berlaku sekarang. Tandas yang cuma beberapa langkah itu pun aku rasa begitu jauh.

"Kalau tak boleh, saya angkat."

"Eh, tak payah!"

Cepat aku menolak. Aku menggeleng laju.

"Kaki awak tak kuat. Saya angkat eah?" Tak sempat aku berkata apa-apa, tubuh aku sudah dicempung. Kemudian aku dibawa ke tandas dan didudukkan di atas mangkuk tandas yang bertutup.

"Dah siap, panggil nama saya." Kata Jimin lantas keluar. Aku mengetap bibir. Atur nafas aku berubah kerana bersentuhan dengan lelaki tadi. Aku kembali terkejut dan panik. Tapi bila teringatkan itu adalah Jimin, aku tenang.

Jimin lelaki baik. Ingat tu, Sejung.

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now