Bab 16💨

4.4K 667 22
                                    

Ting! Ting!

Telefon bimbit aku berbunyi. Aku terus mencapainya memandangkan seharian ini aku langsung tidak menerima apa-apa mesej penting.

Hi.
What are you doing?

Aku tersenyum. Jimin hantar mesej!

Tak ada buat apa-apa.
Tengah lepak dekat gazebo.
Why?

Aku hantar. Tak lama selepas itu, Jimin hantar lagi.

Jom keluar.
Saya nak beli barang.

Aku terus berbunga. Dia nak ajak keluar?! Beli barang?! Argh!

Bila?
Sekarang ke?

Aku terus bangun dari gazebo dan menapak masuk ke dalam rumah. Tersenyum-senyum aku. Mak yang perasan aku masuk rumah sambil tersengih pun hairan.

"Tebiat sengih-sengih ni?" Soal mak. Aku makin senyum lebar.

"Biarlah."

"Hmm.. inilah orang zaman sekarang kalau bercinta. Konon kata tak suka. Ni, dah terkinja-kinja pula." Kata mak tiba-tiba. Aku mengerutkan dahi. Terkebil-kebil.

"Apa mak cakap ni?"

"Pakcik Doni kau tu, kan?"

"No! Gila ke?!" Besar suara aku melantun. Pantang aku dengar nama orang tua tu. Rasa nak sepak-sepak je. Geram!

"Lah bukan ke? Habis tu siapa?" Tanya mak. Aku kembali tersenyum. Sambil berjalan mengada-ngada, aku mendekati mak. Mak memandang aku hairan.

"Adalah. Mak mana boleh tahu."

"Jimin?"

Mak tahu!

"Hmm.." aku mengangguk. Suka!

"Kau jangan suka sangat. Lelaki suka layan perempuan macam kekasih. Tup, tup, rupanya dia anggap kita kawan je. Merataplah kau." Kata mak. Aku berdecit. Mak suka buat andaian macam tu.

"Mana adalah, mak. Mak, dia ajak saya keluar tau. Kenapa mesti saya? Ramai lagi kut perempuan yang ada. Lepas tu sejak dua menjak ni, saya rasa dia rapat sangat dengan saya. Semua benda dia bagitahu saya. Hah!" Kata aku.

"Anak aku dah perasan."

"Mak!"

"Jangan terbang tinggi sangat, nak. Jatuh nanti sakit." Kata mak. Aku tersenyum.

"Baik, mak!"

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now