Bab 22💨

4.1K 649 1
                                    

"Saya tak mengajar subjek Biologi. Ada apa-apa yang berkaitan dengan sains, saya memang tak ajar. Awak tahukan saya mengajar Account je? Dan yang berasaskan Maths." Aku menarik nafas panjang. Penat hendak menjawab soalan yang sama daripada pelajar ini.

Aku tahu, hanya dia seorang sahaja pelajar dari kos kedoktoran yang mendapatkan perkhidmatan aku sebagai tutor dalam subjek Matematik, tetapi untuk membantunya mengajar subjek Biologi, memang aku tak boleh mampu.

Sepatah haram aku tak faham!

"Boleh tak Miss Sejung bantu saya carikan mana-mana kawan miss yang boleh ajar saya subjek ni? Tolong, miss. Saya betul-betul dah tak ada punca." Kata pelajar aku lagi. Aku mengeluh panjang. Tak tolong, kesian. Tolong, aku tak tahu macam mana. Ada banyak lagi benda nak kena siapkan daripada mencari tutor untuk dia.

"Macam ni lah, saya..."

Tuk! Tuk!

Kepala aku tertoleh ke pintu. Berkerut kening aku dibuatnya. Kelas lain dah habis ke?

"Masuk, Jihee."

"Kak Sejung, ada orang nak jumpa."

Kening aku semakin berkerut. Dahi sampai berlapis.

"Siapa?" Aku berdiri. Aku menyuruh pelajar tadi duduk, aku terus ke pintu.

"Entah. Dia kata dia nak jumpa akak. Dia claim akak tunang dia."

Aku terpempan. Lelaki pilihan mak ke?

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now