Bab 48💨

4.2K 600 13
                                    

Aku memandang skrin iPhone aku yang menyala. Nombor Jimin sudah tersedia. Tinggal nak sentuh ikon gagang sahaja. Perlu ke aku telefon? Atau nak biarkan sahaja aku seksa diri sendiri sebab menahan rasa bersalah yang tak sudah?

Ah, kacau.

Aku bangun dari sofa. Aku ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan. Risau aku dibuatnya. Nak telefon ke tak? Nak telefon ke tak? Nak ke tak nak?

Jimin dah pulang dari hospital semalam. Seminggu juga dia di wad. Keretanya.. aku tak tahulah apa jadi. Masih di bengkel rasanya. Tapi asalkan Jimin dah pulang, aku sudah lega.

"Sejung, kau sibuk ke, nak?" Sapa mak sambil membawa botol air jenama Tupperware berwarna biru muda. Aku memandang mak.

"Tak, mak. Kenapa?"

"Semalam.. Makcik Nara kau minta mak buatkan air akar herba. Nak bagi Jimin minum. Bila dia buang air besar, keluar darah. Jadi mak buatkan air akar ni biar usus dia betul. Kau hantarkan boleh?" Soal mak. Aku memandang mak. Kemudian pandang dinding rumah aku seakan-akan sedang memandang rumah sebelah.

"Sekarang?"

"Kau nak biarkan budak Jimin tu muntah darah ke baru kau nak bagi?"

"Kita tanya je." Aku memeluk ketat botol air yang terasa hangat itu. Mak memang hebat. Bab-bab petua, herba, dialah nombor satu. Sampaikan aku demam pun jarang kena pergi klinik sebab mak ada ubat sendiri. Tapi nak telan ubat tradisional tu agak memayahkan buat aku. Pahit!

"Cakap dengan Jimin, minum setiap pagi sebelum sarapan. Sekali sehari je." Kata mak. Sempat berpesan. Aku mengangguk. Telefon bimbit aku simpan dan mula melangkah.

Tapi, sampai di pintu, kaki aku terhenti.

"Err.. tapi mak, Jimin tak nak jumpa saya. Macam mana?"

"Makcik Nara ada, kan?" Mak dah bercekak pinggang. Aku mencebik.

"Yelah, yelah." Aku terus keluar dan berjalan ke rumah sebelah. Tak berpeluh pun. Dah sampai.

Ding dong!

"Eh, Sejung!" Tak sampai sesaat aku tekan loceng. Bunyi tak habis lagi, Makcik Nara dah buka pintu.

"Mak kirim ubat untuk Jimin." Kata aku. Makcik Nara tersenyum. Tiba-tiba, lengan aku ditarik.

"Masuklah. Jimin ada dekat atas. Naik."

"Eh, saya.."

"Naik. Jimin kat atas." Tubuh aku ditolak Makcik Nara. Aku serba salah. Botol air dia sambut, tapi aku nak naik buat apa?! Jumpa Jimin?! Gila!

"Err.. tak ganggu dia ke? Dia tengah rehat. Saya balik jelah eah? Kesian dia." Kata aku. Makcik Nara berdecit. Aku terus diam. Tak izinkan aku balik sungguh.

Dengan rasa berat hati, aku naik ke tingkat atas. Bilik Jimin jelas sekali berada di hadapan. Tertera namanya di bilik itu.

Aku menelan liur. Apa nak buat ni? Aku memandang pintu putih ini. Aku pegang dan aku lekapkan telinga di pintu. Tetapi entah macam mana, tiba-tiba pintu terbuka.

"Oh my God!" Aku terloncat kecil. Aku menekup mulut dan mengundur setapak. Wajah masam Jimin menjamah mata.

"Jimin.." namanya tanpa sedar aku sebut. Jimin memandang aku atas bawah dan terus tanpa berkata apa-apa, dia masuk ke bilik sebelah.

Siap kunci!

Aku terkedu. Jimin macam tu je dengan aku? Dia buat tak kenal aku je?

Duhai hati. Sabarlah.

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now