Bab 15💨

4.9K 694 61
                                    

"Mak."

"Hmm.."

Aku mengeluh. "Betul ke yang Pakcik Doni tu..." 

Mak yang sedang menjahit gaun pengantin menundukkan sedikit kepalanya untuk memandang aku yang duduk bersila di atas lantai berdekatan dengan mak. Disebabkan mimpi semalamlah aku tak berdaya nak bekerja hari ni. Kesian pelajar-pelajar aku kena belajar sendiri. 

"Apa yang tak betulnya. Dia ada siap hantar cincin. Kalau kau berkenan dengan dia, pakailah cincin tu. Bertunanglah kau dengan dia." Kata mak. Aku yang mendengar sudah muntah darah, bernanah telinga. Geli.

"Eee dia tak sedar diri ke? Saya ni muda lagi. Dia sepatutnya berkahwin dengan mak."

"Eh, mak pula. Dia berkenan dekat kau. Bukannya mak." Kata mak. Aku tertawa halus. Nampaknya mak pun tak berkenan dengan Pakcik Doni. Bukannya apa, Pakcik Doni memang suka menggatal dengan semua perempuan muda dekat kawasan perumahan ni. Kalau boleh, semua nak cuba! Pantang nampak cantik sikit, mulalah!

"Mak pulangkanlah balik cincin tu. Saya tak naklah." Kata aku. Mak menyambung menjahit.

"Mak bukan tak nak pulangkan. Tapi dia siap ugut. Kalau mak pulangkan, dia nak hancurkan semua bunga-bunga tanaman mak dekat luar. Eh, memang taklah. Penat mak menjaga siang malam, dia datang-datang nak hancurkan." Aku sudah ternganga luas.

"Mak sedar tak mak sanggup gadaikan anak mak sendiri demi bunga-bunga mak tu?"

"Sedar." Selamba mak menjawab.

"Habis tu?!" Aku merengek sambil menghentak kaki geram. Mak ketawa. Dia masih fokus tetapi dalam masa yang sama dia berborak dengan aku. 

"Kalau kau tak nak, kau serahkan sendiri cincin tu dekat Pakcik Doni. Pergi rumah dia, letak depan mata dia." Kata mak. Aku kembali melopong. Aku? Muka kau ni nak bertandang rumah orang tua duda tu? Hmm..

"Alah mak.. tolonglah. Saya tak naklah kahwin dengan dia."

"Habis tu kau nak kahwin dengan siapa? Jimin?"

Aku sudah terdiam. Nama Jimin disebut, aku tiba-tiba kelu lidah. Mak mendengus sinis.

"Kalau dah suka tu, cakap jelah. Mak boleh bagitahu Makcik Nara kau."

"Eh, mana ada!"

"Kau ingat mak tak perasan kau dengan Jimin tu macam mana? Mak ni makan garam dulu. Mak tahulah orang-orang suka ni macam mana." Terus menebal rasa muka aku. Kebas, berinci-inci. Mak boleh baca air muka aku. Tak mustahil mak juga boleh tahu sebenarnya aku sukakan Jimin. Bukan sahaja kerana rupa, tetapi sifat peribadi yang dimiliki membuatkan aku jatuh cinta. 

"Dia muda. Mana layak dengan saya. Saya ni dah 30 tahun mak."

"Apa masalahnya kalau dia berdamping dengan kau? Tak adalah nampak ketara sangat."

"Nampak. Bila saya berdiri dengan dia, nampak saya macam tuakan?"

Mak tersenyum-senyum. Aku berdecit. Ya lah tu. Kalau mak dah sengih macam tu, betullah apa yang aku cakapkan.

"Tak nak kahwinlah kalau macam ni."

"Suka hati kau. Melepas Jimin tu, aku tak tahu." Kata mak. Aku hilang kata. Terperangkap dengan perasaan sendiri. Aku sukakan Jimin. Aku tak tahulah lelaki tu rasa benda yang sama macam aku atau tak.

Aku tak rasa dia sukakan aku. Hmm..


~~~~~~

Kang Sejung awak semua

Kang Sejung awak semua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now