Bab 24💨

4.1K 587 11
                                    

"Eh, pakcik salah jalan ni." Aku perasan keadaan sekeliling yang berbeza. Dah lebih setengah jam dalam kereta. Aku yakin, salah jalan.

"Taklah. Mana ada salah jalan. Jalan biasa tu ada kemalangan. Lama nak kena tunggu. Ni pakai jalan jauh sikit." Kata Pakcik Doni. Aku menelan liur. Atas bawah aku perhatikannya. Takut.

Aku diam dan bersabar. Rasa takut aku semakin bertambah tatkala Pakcik Doni bertindak menanggalkan butang kemejanya tiba-tiba. Mata aku membulat. Tapi aku diam dan memandang tingkap sahaja.

"Sayang.."

"Apa pegang-pegang ni?!" Aku tepis kuat tangan lelaki tua ini yang tiba-tiba menyentuh paha aku. Garang aku memandangnya.

"Sikit je." Katanya sambil terus memandu. Aku rapatkan kaki. Badan dah lain macam. Risau, takut.

Sekali lagi, aku dikejutkan. Kereta Pakcik Doni berhenti di stesen minyak yang sudah lama tidak dibuka. Hairan aku memandang lelaki ini.

"Nak buat apa dekat sini? Cepatlah hantar saya balik rumah."

"Kejap, nak pergi toilet." Katanya. Aku mengeluh. Renyah.

Pakcik Doni keluar, aku sandarkan tubuh pada kepala kerusi. Baru sekarang aku terasa bengap sebab tak bawa dompet, telefon dan sebagainya. Tak boleh lari. Daripada balik dengan si gatal ni, baik aku balik sendiri.

Aku leka, aku pejamkan mata. Melayan rasa penat. Terfikirkan mak, terfikirkan semua benda. Aku jadi letih.

DUM!

Pakcik Doni dah masuk nampaknya. Aku tak buka mata langsung. Tiba-tiba, kedua belah tangan aku dipegang. Mulut aku ditekup dengan kain.

Aku terkejut besar. Siapa lelaki ni?!

"Diam. Jangan bising. Doni dah serahkan kau dekat aku. Dia dah jual kau. Kau tak boleh lari. Faham?"

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now