Bab 45💨

4.1K 589 2
                                    

Sampai sahaja di rumah, aku terus mencari mak. Air mata yang bertakung aku tahan selagi mampu. Aku perlukan mak sekarang. Hanya mak yang faham apa yang aku rasa.

"Mak.." panggil aku. Aku mencari kelibat mak di serata rumah. Sehinggalah aku menjumpainya di dalam bilik jahitan.

"Mak." Aku terus memeluk tubuh mak erat. Terus menangis.

"Dah kenapa anak mak ni?" Soal mak sambil mengusap belakang tubuh aku perlahan. Aku menangis.

"Ada orang kacau kau lagi ke, nak?"

Aku menggeleng.

"Habis tu?"

"Jimin.." suara aku tak kedengaran, hanya bunyi nafas berbisik sahaja.

"Kenapa dengan Jimin?" Tanya mak lagi. Mak tak mendesak, tapi cuma mak nak tahu saja.

Aku diam. Aku leraikan pelukan dan seka wajah dengan tangan sedikit kasar. Aku memandang mak. Wajah mak yang sayu memandang aku semakin buat aku rasa sebak.

"Saya.. saya.." aku menunduk. Tangan yang menggigil, aku genggam kuat. Mana kekuatan aku pergi?

"Kau tolak lamaran dia ke, Sejung?"

Kepala aku terus terdongak. Mak meneka dan betul tekaan itu.

"Macam mana mak tahu?"

"Mak yang lahirkan kau, nak. Mak tahu apa yang buat kau rasa serba salah, takut, marah, sedih, gembira." Katanya. Aku mengalirkan air mata lagi. Aku cuba bertahan. Tetapi gagal.

"Kau sayangkan dia?"

Aku mengangguk.

"Habis tu kenapa kau tolak?"

"Saya terpaksa."

Mak mengeluh. Tangan aku dipegang.

"Mak faham perasaan kau. Kau berbelah bahagi antara bahagia dia, dan bahagia kau sendiri. Sampaikan kau sanggup korbankan perasaan sendiri demi dia, kan?" Aku mengangguk laju. Akhirnya, mak faham perasaan aku. Aku memeluk mak longgar.

"Saya cintakan dia juga, mak. Saya nak terima lamaran dia tapi... saya tak macam perempuan lain. Saya tak nak dia menyesal nanti. Saya tak nak dia makan hati. Dia layak dengan perempuan lain."

"Mak faham. Kalau itulah keputusan kau, mak terima." Kata mak. Aku semakin sedih.

"Dia marahkan saya ke, mak?" Soal aku.

"Makcik Nara kata, dia tak balik sejak siang tadi." Aku terkejut. Aku memandang mak lama.

"Dia ke mana?"

"Entahlah."

Aku menelan liur berkali-kali. Takut mendengar berita itu. Jimin tak balik rumah sejak siang tadi? Maknanya dia tak balik rumah sejak aku suruh dia balik tadilah?

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now