Bab 4💨

5.1K 761 30
                                    

Aku banyak berdiam ketika berada di dalam kereta. Hujan, sejuk, melayan mata supaya jangan tertidur. Lelaki di sebelah ni.. entahlah.

Diam je. Macam tak ada perasaan. Tapi dia dah tolong aku. Emm.. aku kena cakap apa erk?

"Terima kasih sebab tolong saya." Ucap aku. Tak sabar. Punyalah aku nak timbulkan perbualan, sampaikan belum tiba masa nak sampai rumah pun aku dah ucap terima kasih.

"My pleasure.." katanya. Aku kerutkan dahi. Dengar tak dengar je suara.

Lepas tu, terus senyap. Tak ada langsung perbualan sehinggalah tiba di rumah aku.

"Terima kasih." Aku ucap lagi. Dia cuma menggumam sahaja dan mengangguk. Tapi aku tak terus keluar. Aku memandangnya.

"About your car.. emm.. boleh minta nombor telefon awak?" Tanyanya tiba-tiba. Aku terdiam sekejap, tak tahu nak bagi respon apa apabila nombor telefon aku diminta.

"Boleh ke tidak, makcik?"

"Hah?!" Ternaik sikit suara aku. Bukan kerana apa, tapi kerana panggilan makcik itu!

"Say.. saya muda lagilah!"

"What ever. Boleh tak? Saya bukannya nak mengurat awak pun." Kata-kata itu menyebabkan aku panas muka, panas seluruh tubuh. Aku menelan liur banyak kali.

"Boleh."

"Nah." Aku memandang iPhone XsMax yang dihulurkan kepada aku. Aku capai dengan rasa berdebar dan mula menaip nombor sendiri.

"Dah."

"Nanti kalau dah siap, saya call awak."

"Okey."

Aku terus berkemas dan pantas keluar dari perut kereta.

"Eh, makcik." Aku kaku. Panggilan itu..

"Saya Jimin. Awak?" Aku menarik nafas panjang.

"Sejung."

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now