Bab 38💨

4.2K 604 4
                                    

Aku duduk di hadapan TV. Tapi TV yang menyala itu langsung aku tak hiraukan. Aku lebih suka termenung daripada menonton rancangan TV. Ada sesuatu yang menganggu fikiran aku sejak siang tadi sebenarnya.

Saya sayang awak.

Terdiam aku waktu itu. Tak tahu nak balas apa. Aku dengar suaranya dengan jelas. Dan aku yakin ditujukan buat aku kerana hanya aku dan dia sahaja ketika itu. Tak ada orang lain.

Tapi masalahnya, kenapa dia berkata begitu sedangkan dia sudah mempunyai bakal isteri? Dia salah cakap ke? Atau lebih parah lagi aku yang salah dengar? Rasanya tak sebab aku dengar dengan jelas.

Waktu itu.. kami berpelukan.

Erk?

Tiba-tiba muka aku terasa berbahang. Malu apabila mengingatkan semula tentang kejadian itu.

"Sejung."

Aku menoleh. Mak datang sambil membawa cheesekut kegemaran aku. Dia meletakkannya di atas meja kaca di hadapan aku. Aku ganjakkan tubuh sikit, memberikan mak ruang untuk duduk di sebelah.

"Kalau tak nak tengok TV, tutup jelah." Kata mak. Aku tersenyum.

"Tengoklah." Aku tipu.

"Haah, tengoklah sangat. Mata ke dinding. Tengok apanya?" Soal mak. Aku hanya ketawa. Tak tahu nak cakap. Mak dah dapat hidu.

"Mak.." panggil aku. Mak yang sedang mengunyah cheesekut memandang aku.

"Apa dia?"

"Macam mana nak tahu kalau kita dah sayang seseorang?"

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now