Bab 53💨

4.7K 604 16
                                    

Belum lama aku dengan Jimin memulakan hubungan semula, sudah ada soksek-soksek yang tak sedap didengari.

Nak mengata aku tak sedar dirilah.

Nak mengata mak tak pandai pilihkan aku suamilah.

Nak mengata Jimin buta mata sebab pilih akulah.

Eh, biarlah! Sibuk pahal?!

Aku dengan Jimin selamat bertunang. Dah seminggu. Jiran-jiran tahu. Tu yang tiba-tiba terus kecoh tak tentu pasal. Semuanya ucapkan tahniah. Tapi adalah dua tiga anak dara yang kecewa kerana Jimin sudah berpunya. Mak janda pun ada berkenankan Jimin.

Aku macam... erk?

"Hui!"

Aku mengangkat kepala dan menghalakan mata ke luar pagar.

"Ya, Makcik Son?"

"Amboi.. sombong sekarang. Yelah, dah bertunang dengan orang muda." Panas telinga aku. Entah zaman bila aku menyombong agaknya. Dia tu lagilah. Baru sekarang menegur aku. Dulu aku senyum, bukan reti nak balas balik. Ni bila aku dah kecoh dijaja orang, baru nak tegur.

Taik.

"Tak ada apalah, makcik. Biasa je."

"Kau memang suka darah muda ke, Sejung? Patutnya kau carilah lelaki yang lebih tua dari kau. Sebaya ke. Duda ke. Sesuailah dengan umur kau tu. Kalau macam Jimin, anak dara aku berderet nakkan dia. Haaa.. bolehlah." Semakin panas aku dibuatnya.

Anak-anak dara dia yang 5 orang tu, yang pemalas macam nak mampus tu, nak digandingkan dengan Jimin? Huh! Meluap-luap darah aku naik ke kepala.

"Dah dia jodoh saya. Nak buat macam mana?" Aku cuba kawal suara. Makcik Son mencebik.

"Alasan. Kesian anak aku. Melepas nakkan Jimin. Dahlah kacak, segak, pandai, kaya pulak tu. Haih.."

Padan muka, getus hati aku. Aku habiskan menyapu di halaman rumah.  Kalau boleh aku nak membayangkan daun-daun gemuk ni adalah Makcik Son. Makcik Son berisi. Daun ni pun berisi. Biar aku campak dia jauh-jauh. Aku sapu sampai dia jadi kurus.

"Dah kahwin nanti jangan lupakan aku pulak." Aku abaikan sahaja Makcik Son yang masih lagi cuba nak sakitkan hati aku. Lama-lama, dia berhentilah tu.

Aku letakkan penyapu ke tepi. Aku masuk ke dalam rumah.

"Kau bertekak dengan siapa, nak?" Soal mak. Aku tersenyum pahit.

"Makcik Son."

"Dia kata apa?"

Aku diam. Aku mendekati mak di meja makan.

"Tak apalah. Mulut orang ni kita tak boleh tutup. Lupakan je. Ya?" Aku tersenyum dan mengangguk.

"Mak.. mak nak pergi tolong Makcik Nara esok ke?" Soal aku. Mak berdecit.

"Mestilah tolong. Bakal besan." Aku menyengih. Esok Makcik Nara ada buat majlis di rumahnya. Majlis ringkas sempena anak buah Jimin yang baru lahir malam tadi. Jimin anak tunggal. Tapi saudara maranya ramai dari belah Makcik Nara. Anak buah Jimin yang baru lahir ini adalah adik kepada anak buahnya yang 18 tahun itu. Pening juga aku.

"Kau pun pergilah. Buat tolong-tolong apa yang perlu. Jangan nak mengepit aje. Tahulah dah bertunang."

"Eh, mana ada!"

"Eleh, mak pernah muda. Garam yang mak makan ni bukannya sikit." Kata mak. Aku tersenyum sambil menongkat tangan pada dagu.

"Nasib baik ada mak." Mak mencebik.

"Nanti kalau kau dah kahwin, kau jangan lupakan mak pula." Tiba-tiba, aku rasa suasana jadi sunyi. Aku menelan liur berkali-kali. Mak menunduk sahaja sambil mengadun tepung dalam bekas. Aku perasan air muka mak berubah.

"Kau jelah yang ada dengan mak lepas abah tinggalkan kita. Ni, kau nak kahwin mesti tinggal dengan Jimin. Ada rumah sendiri. Sorang-sorang jelah mak lepas ni." Kata mak. Aku sebak. Tak berani nak cakap apa-apa. Mak jarang begini. Aku tahu, disebalik senyuman dan gurauan kasar dia tu, mak menahan seribu satu rasa sakit yang tak tertanggung.

"Mak.. janganlah cakap macam ni. Rumah kita dengan rumah Jimin sebelah-sebelah je. Tak ada apa-apalah." Kata aku. Cuba sedapkan hati.

"Hmm.. dia tu kaya. Rumah berbiji-biji, mana kita tahu? Mesti dia ada rumah sendiri untuk hidup dengan kau."

"Alah.. tak jadi kahwinlah kalau macam ni."

"Kau ingat ni drama TV? Tak jadi kahwin, lari? Hmm?"

Aku sengih. "Gurau je."

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now