Bab 30💨

4.3K 639 2
                                    

Aku termenung di katil. Selepas doktor tukar air tadi, aku rasa sedikit bersemangat. Dah seminggu semuanya berlalu, walaupun agak susah aku ingin melupakan, tapi bila hari-hari aku sentiasa dihiasi dengan mak, aku boleh lupakan sikit-sikit.

Hari ni, mak kata tak dapat datang. Sedih juga. Mak ada janji dengan pelanggan nak siapkan baju pengantin. Tak apalah. Mak nak kerja.

Tuk! Tuk!

Mata aku memandang pintu. Daun terbuka, aku mengecilkan mata.

"Sejung." Aku terdiam.

"Mak tak dapat datang. Dia suruh saya hantar makanan dekat awak." Kata Jimin. Aku menelan liur. Lelaki ini datang mendekat, keadaan tubuh aku bertindak tanpa diduga. Aku mengesot mengasak kepala katil, seakan ingin menjauh dari Jimin.

"Sej.."

"Jangan dekat dengan saya." Aku mengangkat tangan, memberi amaran kepadanya. Jimin berhenti melangkah.

"Saya tak buat jahat dekat awak, Sejung. Saya nak tolong awak. Saya nak jaga." Kata Jimin. Aku memejamkan mata. Aku memegang kepala.

Panik.

"Saya minta maaf. Saya letak makanan ni dekat sini. Nanti awak makan. Saya keluar dulu." Aku mengangkat kepala. Bekas makanan berada di atas meja. Aku memandang Jimin yang terus keluar. Entah kenapa, hati aku terasa dijentik dengan ucapan maafnya.

Dia tak salah. Sikit pun tidak. Tapi kenapa dia sanggup merendahkan ego dengan ucapan maaf yang jelas sekali bukan dari salahnya?

Jimin.. awak pelik.

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now