Bab 14💨

4.3K 651 9
                                    

Aku menolak rambut yang jatuh ke dahi dengan perlahan. Lemah tubuh badan aku kerana jatuh dari sofa dan kerana tertidur tadi. Pula tu mimpi buruk. Mimpi paling buruk pernah aku alami seumur hidup ni.

Jimin berada di luar pagar. Ada bangku, dia duduk di situ. Aku keluar melepasi pagar, aku duduk di sebelahnya.

"Kenapa nak jumpa saya?" Soal aku. Jimin menoleh.

"Baru bangun tidur?"

Aku memandang Jimin. Mata kami saling bertikam. Aku mengangguk dan tersenyum nipis.

"Haah."

"Kereta awak dah siap. Esok dah boleh ambil dekat bengkel. Ke.. nak ambil sekarang?" Soal Jimin.

"Dah siap?!"

"Ya, sudah."

"Emm.. ambil esok jelah. Hari ni macam tak sempat. Lagipun dah lewat." Kata aku. Jimin mengerutkan dahi. Dia melihat jam tangan.

"Baru pukul 7." Kata Jimin. Aku terkebil-kebil memandang Jimin. Macam bengong sikit sebab baru bangun tidur. Tanpa menjawab apa-apa, aku menekup muka pada lengan.

Aku takut sebenarnya dengan mimpi tadi. Tak dapat bayangkan bagaimana keadaan kalau aku kahwin dengan Pakcik Doni. Menakutkan.

"Awak okey ke tak ni?" Tanya Jimin. Aku mengangkat kepala. Nak sangat bagitahu apa yang aku takutkan. Tapi.. apa kata Jimin nanti?

"Okey. Emm.. saya letih sikitlah. Nak masuk dalam. Terima kasih sebab bagitahu. Oh, kenapa tak call je tadi?"

"Kita dah berjiran. Datang jelah rumah." Aku tersenyum. Lega sekejap dengar. Boleh lupakan Pakcik Doni buat seketika. Nanar aku jadinya.

"Ohh. Okey. Terima kasih."

"Sama-sama."

~~~~~~

Fanfic ni ada matured scene sikit2 nanti. Saya warning awal2. Sama ada Pakcik Doni, atau Jimin, hahahahaha mana2 je ada. Muntah jangan lupa.

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now