Bab 33💨

4.2K 619 22
                                    

"Sejung! Turun makan!" Aku tersentak. Banyak kali aku terkejut mendengar suara mak. Entahlah, aku kerap kali terkejut.

Orang tegur, terkejut.

Orang tak tegur, terkejut.

Orang pegang bahu, terkejut.

Orang bersin, lagilah aku terkejut.

Entahlah, keadaan dan penerimaan tubuh aku pada keadaan sekeliling berubah. Aku jadi terlalu berjaga-jaga dan mudah takut.

Aku keluar bilik dan turun ke tingkat bawah. Tersenyum aku melihat mak sedang ligat menyusun makanan di atas meja makan.

"Mak masak apa?" Soal aku. Lama tak makan masakan mak. Selalunya makan di hospital. Tapi semalam aku dah sampai rumah, aku nak makan masakan mak kat rumah pulak.

"Biasalah.. kegemaran kau." Kata mak. Aku tersenyum lagi lebar. Aku duduk.

"Kesian mak. Masak sorang-sorang."

"Untuk anak mak. Apa salahnya?" Aku terharu. Aku akui, mak dah lain sekarang. Dia tak sekasar dulu. Aku suka mak yang dulu. Bukan yang sekarang.

"Dah makan ubat?" Tanya mak. Aku baru nak menjamah, terus terhenti.

"Belum."

"Kenapa tak nak makan?" Mak menoleh. Aku tersenyum kelat.

"Tak sedap." Aku tersengih. Mak mencebik.

"Itulah kau! Dari dulu, sama je. Kalau kata makan ubat, tak nak." Omel mak. Aku ketawa. Suka melihat mak begini. Aku menjamah makanan. Mak turut serta selepas dia selesai membancuh air. Aku duduk berhadapan dengan mak.

"Mak.."

"Hmm?"

Aku menelan makanan yang bersisa. Kemudian aku menumpukan perhatian kepada mak. Tajuk serius.

"Mak dah bagitahu dekat bakal menantu mak yang saya.."

"Mak dah batalkan semua tu." Aku terdiam. Memandang mak dengan rasa tak percaya.

"Kenapa?"

"Mak tahu, kau pun nak batalkan juga. Jadi baik mak buat dulu." Aku tersenyum pahit mendengarnya.

"Maafkan saya sebab tak dapat tunaikan hasrat mak." Kata aku. Mak berdecit.

"Tak apa."

Aku menguis nasi. "Kalau mak nak pergi majlis kahwin Jimin, saya boleh hantarkan." Kata aku tiba-tiba.

Tiba-tiba.

"Dia pun tak jadi kahwin." Kata mak. Aku terkejut besar.

"Kenapa?!"

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now