Bab 10💨

4.6K 695 20
                                    

Meja makan bukan main riuh dengan laga penyepit, sudu, garfu dan sebagainya. Mak masak banyak dan sedap, aku pula tengah lapar. Melahap kuat sikit tapi masih sopan. Cuma.. bila ada Jimin, aku perlahan sikit. Kadang-kadang rasa macam kena tenung. Paling tak boleh fikir dek akal, berkali-kali kaki Jimin berlaga dengan kaki aku. Sampaikan aku nak tarik kaki aku supaya bersila.

Dah kenapa agaknya laga-laga kaki dengan aku. Cari gaduh.

"Sejung."

"Ya, makcik?" Aku hampir tersedak nasi. Namun mujur cepat aku kawal dengan menelan seteguk air.

"Kerja dekat mana?" Soalnya.

"Tutor je. Saya ada pusat mengajar sendiri."

"Lecturer?"

"Hmm.. lebih kuranglah. Tapi untuk subjek yang tertentu je." Jawab aku. Ibu Jimin mengangguk-angguk.

"Jimin pun lecturer. Lecturer biologi." Ternaik kening aku. Bio rupanya.

"Universiti mana?" Dah alang-alang ni, aku tanya terus.

"Swasta." Jawab Jimin sepatah. Aku mengangguk-angguk. Hebatlah juga. Aku teruskan makan sehingga habis. Mak dengan ibu Jimin dah mula berkemas-kemas. Aku bangun dan turut membantu. Tiba-tiba, aku ternampak Jimin menyusun bekas-bekas kecil yang digunakan untuk isi side dish.

"Eh, awak nak buat apa ni?"

"Nak tolonglah."

"Tak payah! Saya buat sorang. Let.." tak habis ayat aku dibuatnya apabila Jimin sudah mengangkut hampir separuh dari atas meja menuju ke dapur. Mak dengan ibu Jimin dah ke ruang tamu. Aku tak kisahlah yang tu, tapi yang aku kisahnya, takkan aku nak basuh semua bekas-bekas ni dengan Jimin?! Malu!

"Jimin, awak ke depanlah sana. Saya buat sendiri."

"Saya nak tolong awak. Salah ke? Cepat sikit siap." Katanya. Aku mengeluh. Bukan tak sudi, tapi...

"Sikit je ni." Kata aku.

"Tak apalah. Saya tolong."

Kekok aku jadinya nak buat kerja. Nak lebih-lebih gerak, takut tersenggol. Kalau tak gerak lebih, bila nak siap basuh semua ni?

"Awak buat jeli laici tadi?" Tanya Jimin. Tangannya sambil itu membilas bekas-bekas makanan yang dah dicuci oleh aku.

"Haah. Kenapa?" Tanya aku sambil memandangnya sedikit.

"Sedap."

Satu patah perkataan itu sudah cukup membuatkan aku kembang semangkuk. Tersenyum aku dalam diam.

"Sukalah tu kena puji?"

"Eh, mana ada!"

"Habis tu kenapa senyum?"

Aku kemam bibir. Tahan senyum. Terdengar Jimin ketawa kecil.

"Comel."

Apa? Co.. comel?

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now