Bab 50💨

4.4K 600 57
                                    

"Sejung, makanlah sikit, nak. Dah dua hari kau macam ni. Nak kata mandi, macam tak mandi. Nak kata tidur, macam tak tidur. Menangis je. Kenapa ni, nak? Cakaplah. Risau mak." Aku diam. Aku pejamkan mata dan mengesat pipi yang lembab dek air mata.

Mana tidaknya, aku ingat Jimin akan maafkan aku. Aku ingatkan kami akan berbaik semula. Tapi sebaik sahaja aku ternampak gambar profile perbualannya berubah, hati aku betul-betul remuk.

Jimin bersama seorang gadis cantik. Jauh lebih cantik dari aku! Mereka duduk bersama, dan sedang ketawa.

Candid kononnya.

Babi.

"Sejung..."

"Tak nak makanlah, mak. Kenyang."

"Kau kenyang sebab makan hati dengan Jimin buat apa? Tak berubah pun. Benda dah jadi, nak buat macam mana?"

"Dia kata dia sayang saya. Takkan secepat ni dia boleh cari pengganti?" Soal aku.

"Kau yakin itu penggantinya?" Aku diam. Aku tak yakin. Tapi.. kalau dah ambil gambar mesra macam tu, bukan pengganti?!

"Habis tu apa kalau bukan?"

"Alah.. kalau ya pun biarlah. Kau yang tolak lamaran dia dulu. Dia nak buat apa tunggu kau, nak? Kau bukan cantik. Tak mandi, busuk. Dia pun tak berselera." Aku terus merenung mak dengan tajam.

Mak kutuk aku.

"Mak memang tak sayang saya." Aku menangis. Emosi aku bercampur hebat. Mak gurau kasar pun aku menangis.

"Lah.. menangis pulak?!" Aku mengiring. Mak di belakang aku duduk di birai katil mengeluh. Naik lenguh agaknya tangan dia menatang pinggan. Tapi aku sampai sekarang tak makan-makan.

"Menangislah, nak. Mak letak makanan dekat sini."

Aku diam.

Drtt.. drtt..

iPhone aku bergetar. Aku capainya lemah. Badan aku tak terisi apa-apa selama dua hari. Manalah tidaknya aku lemah?

Mesej masuk. Dari?

Kenapa tak nak makan?
Nak kena tunggu sakit baru nak makan?

Jimin.

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now