Bab 9💨

4.4K 685 22
                                    

"Jemput masuk, Nara, Jimin." Aku terkebil-kebil memandang dua orang tetamu yang dikatakan mak itu.

Ya, aku tahu ini jiran mak. Jiran aku. Tapi Jimin.. kenapa ikut juga?!

Malu!

"Kak Seul ni susah-susah je masak banyak macam ni." Kata ibu Jimin. Aku jadi tak tahu nak buat apa. Takkan nak sambut Jimin sampai ke meja makan? Seriau aku.

"Eh, tak apalah. Sambil berbincang-bincang tu bolehlah kita makan sekali. Sejung pun ada buat dessert. Jeli laici. Jimin suka laici, kan?" Aku terus memandang Jimin. Jimin senyum, dia mengangguk. Senyuman itu.. aku tak pernah langsung nampak dari wajahnya. Senyuman lebar dan manis. Malu-malu.

"Err.. jemputlah duduk." Aku bersuara. Ibu Jimin memandang aku. Kemudian wanita itu menghampiri dan datang memeluk. Ketika aku berpelukan dengan ibu Jimin, mata aku bertikam dengan mata Jimin yang berada di belakang. Berdebar aku. Mata itu.. pandangan itu.. lain.

"Cantik anak Kak Seul. Manis je muka dia." Puji ibu Jimin. Berdenyut-denyut badan aku nak mengembang. Terharu, bangga.

"Hmm.. cantik tu pun tak kahwin-kahwin lagi, Nara. Entah bila agaknya nak kahwin." Aku memandang ibu dan besarkan mata. Kacau ibu ni! Baru nak rasa syok sekejap.

"Oh yakah? Umur berapa?"

"30." Jawab ibu pantas.

Aku mengetap gigi. Ibu Jimin dan Jimin sendiri memandang aku tak percaya.

"30? Muka muda lagi. Ingatkan baru lepas habis belajar tadi." Kata ibu Jimin. Aku pula dah terdiam. Aku muda? Muda pada muka je. Umur tak.

"Hmm.. tak ada maknanya. Memilih sangat, macam ni lah." Tokok ibu lagi. Bukan main hebat dia jual aku depan ibu Jimin dan Jimin sampaikan aku dah tak ada modal nak balas balik.

"Biasalah tu, kak. Budak zaman sekarang. Dulu zaman kita, mana yang mak ayah kita berkenan tu, kita ikutkan je." Kata ibu Jimin sambil berlalu ke meja makan. Aku dan Jimin ditinggalkan begitu sahaja.

"Duduklah." Arah aku.

"Awak?" Aku memandang Jimin.

"Saya?"

"Makanlah sekali. Teman saya." Terus aku rasa macam ada bunga jatuh atas muka aku. Wangi, bahagia, berbunga-bunga.

"Saya nak naik atas, nak mandi, nak tukar baju."

"Saya bukan nak cium awak pun. Jomlah." Aku rasa muka aku dah berbahang. Dia masih tak melangkah selagi aku tak atur langkah. Jadi aku akur.

"Jom."

[COMPLETED] Suami Muda 남편 (Jimin BTS)Where stories live. Discover now