Bab 8

3.4K 318 4
                                    

Aku yang berada di dalam toilet kini sedang berhadapan dengan perasaan gelisah. Selama beberapa saat aku pandang semula ke arah pregnancy test yang sedang aku pegang ini.

Mata aku pejam seketika dan aku buka semula mataku. Jari yang sedang menutupi tanda garisan yang akan aku lihat sebentar nanti dengan perasaan gementar.

Jebal, jangan.

Perlahan-lahan aku alihkan ibu jari aku yang menutupi garisan itu.

Kedua mataku merenung lama keputusan itu.

Timbul dua garis merah disitu.




🍂🍂


" Tahniah Puan, awak mengandung."

Tiada reaksi. Sudah ku agak.

Perkara ini akan berlaku. Ujian kehamilan yang aku buat dirumah sebenarnya adalah betul.

" Puan ? "

" iya? " aku baru tersedar dari alam nyata. Terlalu memikirkan akan hal itu.

" saya periksa keadaan awak tadi macam awak berada dalam keadaan stress dan penat. Lepasni saya nak awak jaga kesihatan. Kandungan awak masih baharu lagi. Takut ada kesan pada bayi dalam perut tu. " kata doktor wanita itu.

" baik doktor, terima kasih." ucapku perlahan.

" oh ya, suami tak datang bersama? "

Pandangan aku diangkat semula memandang doktor wanita itu. Teragak-agak aku ingin menjawab soalannya.

" dia sibuk dengan urusan kerja." bohongku. Senyuman kelat yang dibuat-dibuat.





🍂🍂




" aku dah penat nak cakap. Kau tahukan kawan kau tu macam mana? Keras kepala." ucap Yeri sambil berpeluk tubuh.

" dia tak berhenti buat kerja? Tak rehat langsung? "

" yalah, daripada pagi sampai ke petang dia tak berhenti-henti. Kerja aku yang sepatutnya aku buat pun dia sapu. Sepatutnya boss tak payahlah nak buat kerja belakang. " bicara Yeri lagi.

Irene yang pada ketika itu bersama dengan Yeri memandang dari jauh Hwayoung yang sedang leka membuat kerja. Dalam hati Irene dia merasakan ada sesuatu yang berlaku pada Hwayoung.

" dia ada masalah ke ? Aku tengok dua tiga hari ni dia macam tak sihat. Tapi still juga nak buat kerja bakery dia tu. Banyak jugak dia buat kek daripada hari-hari biasa. " tanya Yeri.

" aku pun tak pasti. Yeri, kau tolong tengokkan dia eh. Kalau dia banyak sangat buat kerja kau marah je dia. "

" aku nak marah dia? Nanti aku pulak kena ugut berhenti kerja dengan dia macam mana? "

" alah..takkan Hwayoung sanggup nak buang kau. Tolong dia kat cafe eh. "

" iyalah. Ni kau datang ni tak tegur dia? "

" tak payahlah. Dia pun macam tak sedar yang aku datang. Aku balik dulu."

" okaylah kalau macam tu, bye. " lambai Yeri Kepada Irene. Setelah Irene mula beredar dari cafe ini, pandangan Yeri kembali melihat Hwayoung, majikan dia ataupun rakan satu kuliahnya dulu.

Perangai dia masih lagi tidak berubah.




🍂🍂

Hwayoung baru sahaja selesai mandi. Badannya menjadi segar bila dapat mandi di malam hari. Keadaan tubuhnya sejak berbadan dua ini lain daripada yang biasa.

Bila malam hari tubuhnya merasa panas sampaikan dia ingin berendam lama di tab mandi.

Pergerakkannya terhenti bila matanya melihat seseorang yang sedang duduk di birai katil sambil memegang sesuatu.

Hwayoung tidak pedulikannya. Balutan tuala dia rambutnya mula dilepaskan dan rambutnya dikeringkan dengan tuala kecil.

" kenapa tak beritahu aku? "

" tak penting untuk kau tahu."

" tak penting? Hwayoung, kau sedar tak apa yang kau cakap ni? " soal Irene terus dan dia meletakkan kertas itu di atas meja solek Hwayoung.

Kertas yang yang mengandungi tarikh appoinment yang Hwayoung perlu hadir di hospital untuk memeriksa kandungannya.

" ya aku mengandung. Puas hati? Kenapa, kau malu ke dapat kawan yang mengandung sebelum kahwin? Nak aku gugurkan? Boleh.."

" Hwayoung ! " terjerit Irene bila mendengar ayat yang keluar dari mulut rakannya.

Hwayoung terdiam seketika dan dia rebahkan punggung di birai katil. Matanya mula berkaca. Matanya dipejam untuk beberapa saat.

Dia dah penat dengan semua ini.

" aku tahu apa yang sedang kau fikir sekarang ni. Kau ingat aku tak tahu yang sebenarnya kau cuba nak bunuh kandungan kau tu secara perlahan? Buat kerja berat sampai tak henti. Kau nak bunuh anak kau ke apa Hwayoung? " ucap Irene dengan rasa marahnya.

" anak? Irene, kalau kau berada kat tempat aku sekarang ni kau nak buat apa? Kau tak tahu apa yang aku rasa."

" ya aku faham perasaan kau. But budak dalam perut tu tak bersalah, Hwayoung. Ianya takkan selesaikan masalah kalau kau masih berkeras sikap macam ni."

Hwayoung tersenyum sinis sebaik Irene berkata seperti itu.

" habis kau nak aku biarkan budak dalam ni tak berbapa? Nak dia tanggung malu sebab dia ni anak luar nikah? Aku yang hadap Irene! Aku yang tanggung sendiri. Aku dah tak ada sesiapa kat dunia ni. Aku tak tahu nak buat apa.."

Wajah Hwayoung terus ditutup dengan kedua tapak tangannya. Air matanya sudah mengalir. Dia dah penat nak simpan perasaan. Dia rasa seperti ada batu besar yang menghempap kedua bahunya pada ketika itu.

Irene mula duduk merapati Hwayoung dan bahu rakannya disentuh perlahan. Menenangkan rakannya.

" kau still ada aku right? Aku boleh jaga kau. Kita sama-sama jaga."

" kau cakap macam tu sebab kau rasa bersalahkan ? Dahlah Irene. Jangan masuk campur urusan aku. Pandai-pandailah aku uruskannya."

" No, aku buat bukan sebab aku rasa bersalah. Aku buat sebab kau kawan aku. Omma kau pesan kat aku supaya jaga kau baik-baik. Aku taknak biarkan kawan aku ni seorang diri hadapi masalah."

Hwayoung sudah tidak dapat menahan. Esakkan tangisannya semakin kedengaran di telinga Irene.

Bahu Hwayoung Irene peluk untuk menenangkan dia. Sekurang-kurangnya  Hwayoung dapat melepaskan perasaannya daripada dipendam sahaja.




Our Mistake🍂

Bersambung. 

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now