Bab 29

3.3K 353 18
                                    

" Hwayoung ada dekat dalam. Aku dah suruh dia keluar tapi dia tak mahu."

" Takpelah Irene, biarkan."

Boleh sakit jantung dibuatnya bila bangun-bangun sahaja tidur  kelibat isteri tiada di sebelah. Hilang tiba-tiba. Langsung tak tinggalkan pesanan apa-apa. Hwayoung tinggalkan aku keseorangan di rumah.

" Sabar eh Jimin. Aku pun bersimpati dengan apa yang dah berlaku. Hwayoung tu tak pandai merajuk lama-lama. Kejap lagi dia reda la tu."

Jimin hanya tersenyum nipis sahaja. Hatinya berasa lega sedikit. Sekurang-kurangnya dia dapat tahu dimana Hwayoung berada. Sudah dua hari Hwayoung menghilang. Rupa-rupanya di rumah lama isterinya.

" Aku balik dulu. Kau tolong tengok-tengokkan Hwayoung. Apa-apa beritahu aku." pinta Jimin. Irene hanya mengangguk. Kelibat Jimin mula menghilang di pandangan matanya.

Pintu gril itu Irene rapatkan semula. Belum sempat pintu dalam ditutup rapat, tubuh belakangnya ditepuk oleh tangan seseorang. Irene terkejut bersama dengan jeritan yang tidak disengajakan.

" Hwayoung ! Kau ni kenapa sergah aku macam tu? Sakit dada aku tau! " marah Irene sambil tangannya dilekap didada sendiri.

Hwayoung hanya tersengih. Kelihatan dia terjenguk-jenguk memandang keluar rumah. Mata Irene terus dijuling ke atas. Tanda menyampah.

" Dia dah pergi. "

" Yang kau cakap aku dekat sini dah kenapa? Kan aku suruh jangan beritahu apa-apa."

" Eh perempuan. Suami kau tu macam separuh hilang nyawa dia cari kau tahu? Dahlah aku tengok dia tadi macam tak terurus je tadi. Kau pula boleh main sorok-sorok kat belakang pintu ni apasal? "

Hwayoung mencebik bibirnya sendiri sambil berpeluk tubuh. Buat-buat tak ambil kisah.

" Sengaja. Aku tengah nak main permainan hati dengan dia. Biar dia rasa."

" Yalah tu. Lepasni jangan nak jadikan aku orang tengah kau sudah. Penat tahu aku tengok kau orang berdua ni. Dahlah tu perang dingin.. cuba berbaik semula. "

Tapi lepas sahaja Irene berkata seperti itu sahabat baiknya itu terus meninggalkan dia di hadapan pintu rumah. Langsung tak peduli apa yang dibebelkan oleh dia dari tadi.

" Tengok tu, aku bercakap dia buat bodoh je? Ish, kalau macam ni gayanya aku pun jadi takut nak berkahwin. " kepala Irene tergeleng sendiri sambil dia mengunci pintu rumah semula.


🍂🍂🍂

" Saya kesian la dekat Hwayoung dengan Jimin tu. Sampai sekarang langsung tak berjumpa. "

" Hubungan kita ni awak tak kesian ke? " jawapan daripada Taehyung menyebabkan dahi Irene berkerut.

" Kenapa dengan hubungan kita? "

" Dah 6 tahun sayang. Bila kita nak berkahwin? " soalan cepumas daripada Taehyung . Usapan dikepala Taehyung terhenti. Irene mula memeluk tubuh sambil berfikir.

" Saya jadi takut pula nak berkahwin. Yelah, takut suami curang."

Sebaik sahaja Irene berkata seperti itu, Taehyung terus bangun dari kepalanya mendarat di atas peha gadis itu. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Dahi gadis itu Taehyung jentik sekuat hati.

" Eh sakitlah! " dahi Irene digosok-gosok sebaik sahaja dijentik.

" Tak semua lelaki begitu. Lagi satu, Jimin tu tak curang. Diorang salah faham."

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now