" Last question. Do you want this relationship to continue? or we're divorced."Soalan yang keluar dari mulut Jimin itu tadi terus membuatkan Hwayoung membisu. Kedua kelopak matanya mula memanas. Air matanya mula bergenang. Sedikit lagi sahaja akan tumpah.
" Park Hwayoung. "
Tapak tangan Jimin mula menyentuh lembut rahang pipi Hwayoung.
Tiada jawapan. Hwayoung masih lagi diam membisu. Bibirnya mula bergetar sambil matanya menahan air matanya menitis.
" I'm sorry. Please Hwayoung. Maafkanlah saya. Saya janji akan jaga dan lindungi awak seumur hidup saya. " rayu lelaki itu lagi.
Tapi Hwayoung masih lagi begitu. Hatinya masih lagi keras. Masih terkesan lagi dengan peristiwa pahit yang menimpa dirinya. Dia yang jadi mangsa keadaan. Dia yang rasa sendiri bagaimana dikhianati oleh suami sendiri. Dia jadi trauma.
" Trust me, saya hanya cintakan awak seorang sahaja. You're the only one. I really miss you Hwayoung. Tolong jangan buat saya begini. Berikan saya peluang lagi sekali, sayang. "
Manis. Memang sungguh manis ayat yang keluar dari bibir lelaki itu.
Patutkah aku rasa menyesal?
Menyesal kerana berjumpa dengannya?
Menyesal kerana sudah keterlanjuran?
Menyesal kerana sudah terjatuh hati?
Tiada guna lagi.
Kerana semuanya sudah berlalu." Hwayoung.."
' cukuplah Jimin! Jangan merayu! '
" Please, I really love you. Saya tak boleh hidup tanpa awak. Berikan saya peluang? "
' Cukup! '" Sayang.."
" Enough Jimin! Pergilah balik ke bilik awak. Saya nak berehat. " Hwayoung terus menolak tubuh Jimin yang semakin merapat denganya. Dia terundur sedikit. Agak terkejut dengan tolakkan Hwayoung sebentar tadi.
Hwayoung melabuhkan punggungnya di tepi katil. Disisir rambutnya kebelakang sambil meraup muka. Mengambil beberapa nafas panjang. Apabila dia berada dekat dengan Jimin, dia sendiri jadi tidak tentu arah.
Jimin pula masih berdiri tegak di tempat asal. Seolah tidak terkesan dengan tingkah laku isterinya.
" Awak nak saya buat apa? " Jimin bertanya terus. Suaranya dingin. Dia bertanya tanpa memandang kearah Hwayoung.
" Nothing. Just go back to your room."
" Aku tanya sekali lagi, apa yang kau nak sebenarnya Park Hwayoung? " kali ini Jimin mula memandang kearah aku.
Pertanyaannya kali ini buatkan aku rasa kecut perut. Aku dapat lihat dia seperti menahan marah.
" Saya taknak bergaduh Jimin. Tolong jangan mulakan. Saya dah penat. Awak tak serik ke? "
" Susah ke untuk terima kemaafan? Aku dah janji dengan kau, aku takkan ulangi kesilapan tu lagi. Kita bina hidup baru. Tinggalkan benda yang dah lepas. Kau masih tak dapat terima? Kau nak aku buat apa lagi supaya kau boleh terima aku semula? "
Tiada lagi ayat yang selalu Jimin gunakan. Apabila ' kau ' sudah terkeluar dari mulut lelaki itu, Hwayoung tahu baran lelaki itu mula memuncak.
" Saya nak kehidupan saya macam dulu. Saya dengan hidup saya, awak dengan hidup awak. Awak tak boleh salahkan saya seratus peratus. Saya bukan perempuan baik yang awak sangkakan Jimin. Mungkin Rose lebih baik daripada saya. "
YOU ARE READING
ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔
Fanfiction❝ Kalau begitu, kita jadikan ianya adil bersama. Ini adalah kesilapan kita berdua. Our mistake.❞