Bab 10

3.5K 342 7
                                    

" kau jangan cuba nak tipu aku eh, hari ni kau kena pergi hospital kan? Check kandungan kau tu."

" nanti-nantilah. Aku kena pergi kerja. Kalau tak cafe tu macam mana? "

" Cafe kau tu tak ke manalah, Hwayoung. Kau kan ramai pekerja yang boleh tengokkan kedai. Yeri kan ada. "

" tapi-"

" please jangan degil boleh tak? " Irene sudah bercekak pinggang sambil menghalang laluan untuk keluar dari rumah.

Hwayoung memasamkan mukanya. Dia sebenarnya malas untuk pergi ke hospital. Kandungannya kini sudah menginjak masuk 1 bulan.

Perutnya mula menunjukkan perubahan. Nampak sedikit buncit berbanding sebelum ini.Tapi orang ramai tidak perasan yang sebenarnya dirinya sedang mengandung. Hwayoung lebh suka untuk berpakaian labuh dan besar bagi keselesaan dirinya.

" nanti aku pergi lah. "

Hwayoung sudah tidak sabar mula menolak tubuh Irene ke tepi. Tenaga orang mengandung itu memang kuat sampaikan Irene hampir tersungkur ke belakang.

" Hwayoung ! Kau kena pergi juga ! " Irene menjerit geram. Mana tidaknya, rakannya itu memang keras kepala.

" maybe aku balik lewat sikit. Hari minggu ni ramai orang datang ke cafe. Jangan tunggu aku." pesan Hwayoung kepada Irene sambil tangannya mula mengambil kasut di rak kabinet itu.

Irene sudah dia tidak hiraukan. Setelah memakai kasut, pintu utama rumah apartment itu dibuka dan pegangan tangannya di pintu terhenti buat seketika.

Ada sepasang mata yang turut merenung tubuhnya pada ketika itu. Jarak mereka berdua hanyalah dipisahkan dengan pagar gril pintu disitu.

Dia. Lelaki itu.


🍂🍂

Kereta Audi yang dipandu oleh Jimin pada ketika itu sunyi tanpa sebarang suara. Hwayoung pada ketika itu berada di sebelah duduk pemandu hanya membisukan diri.

Tiada langsung perbualan diantara mereka berdua sejak dari tadi. Radio pulak Jimin sengaja tidak dibuka.

" aku dapat tahu yang kau tak mahu pergi hospital. Kenapa? "

Jimin memulakan perbualan. Dia tahu wanita disebelahnya itu masih marah dengan dirinya.

" Irene beritahu awak kan? Dah agak." ucap Hwayoung perlahan.

Pandangannya dihalakan ke arah luar tingkap kereta.

" kau tak jawab soalan aku."

" perlu ke saya jawab sedangkan awak dah tahu? Lagi satu, mana awak tahu rumah saya?"

" Ya betul, aku tahu kesemuanya tentang kau. Lee Hwayoung, 25 tahun. Berasal dari Daegu, bekerja dan ada cawangan cafe sendiri di sini. Kedua ibubapa kau mati semasa kau berumur belasan tahun. Tinggal dengan nenek kau sampai kau dapat tawaran sambung belajar di Seoul. Bae Irene, housemate dan rakan sewaktu kecil kau. Dan sekarang, kau sedang mengandungkan anak aku. Betul tak Hwayoung? " duga Jimin di akhir ayatnya.

Hwayoung terus memandang kearah Jimin yang sedang fokus memandu itu. Dia jadi terkejut. Tak percaya. Darimana lelaki sebelahnya tahu akan semua tentang aku? Irene? Aku tak rasa Irene sanggup buka cerita dekat orang lain pasal aku.

" darimana awak tahu semua pasal saya? "

" semua tu tak penting, yang penting sekarang ni adalah kandungan dalam perut kau tu." balas Jimin lagi. Hwayoung tidak menjawab.

" kita perlu berbincang, Hwayoung. Tapi sebelum itu kita perlu pergi ke hospital. Baby dalam perut tu pun ada perasaan juga."

Beritahu Jimin bersahaja. Seolah-olah menyindir aku yang tidak mahu pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

Hwayoung mencebik. Yang mengandungnya adalah aku, bukannya dia!


🍂🍂


" Semuanya okay. Kandungan dalam perut sihat. Cuma saya dapat rasakan yang baby dalam perut tu jarang bergerak. Betul Puan Hwayoung? " duga doktor wanita itu.

" i-iya." balas Hwayoung pendek.

" awak jangan biarkan dia senyap sahaja. Takut nanti perkara lain pula yang berlaku. Walaupun masih dalam perut baby pun perlukan interaksi daripada ibubapa. Selalu bercakap dengannya. Suami pun boleh sentuh perut isteri. Sentuhan boleh jadikan baby aktif." ujarnya lagi.

Hwayoung hanya mengangguk perlahan. Manakala Jimin berada disebelahannya hanya mendengar sahaja.

" lagi satu, berat Puan Hwayoung ni tak naik-naik. Macam makin turun, awak ada buat sesuatu kerja berat ke? Kalau ya saya mahu awak berhenti buat seketika. Takut nanti jejaskan kesihatan baby. Boleh? "

" ya, baik doktor."

Hwayoung memaksakan diri untuk tersenyum. Manakala Jimin disebelah hanya tersenyum sinis. Dia tahu apa yang berada di dalam fikiran Hwayoung ketika ini.

" kalau dah tak ada apa-apa perjumpaan hari ini dah selesai. Saya nak next appoinment nanti berat badan awak naik. Okay itu sahaja."

" ya, terima kasih doktor." ucap Hwayoung dan Jimin serentak. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri. Terkejut bila berkata serentak.

" sama-sama, awak berdua ni pasangan serasi yang pernah saya jumpa. Tentu baby awak berdua comel nanti." ujar doktor wanita itu lagi sambil tersenyum bila melihat kami berdua.

Pasangan serasi?

Hwayoung ingin tergelak dalam diam.










Our Mistake🍂

Bersambung. 


Double update utk harini 💛

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now