Bab 15

3.2K 327 7
                                    

Ini sudah masuk kali ketiga aku muntah-muntah di pagi hari. Morning sickness yang datang tidak menentu menyukarkan aku untuk pergi kerja dalam keadaan yang baik.

Aku mengambil cuti pada hari ini. Hal urusan kedai semua aku serahkan kepada Yeri. Pandai-pandailah dia urus sendiri tanpa aku. Aku betul-betul dah tak larat.

Pipi air dibuka dan aku cuci mulut aku. Selesai membasuh aku mula bergerak perlahan ke arah meja makan di dapur.

Termenung seketika aku disitu. Sejak awal aku dapati yang aku ni mengandung, aku langsung tak pernah mengidam apa-apapun. Cuma masakan sahaja.

Aku tak boleh masak sendiri. Jikalau aku masak dengan air tangan aku akan muntahkan semula sisa makanan yang aku masak. Mujur ada Irene. Kalau dia cuti kerja dia boleh masakan untuk aku ataupun beli sahaja di kedai.

Berbeza pula pada hari ini. Aku teringin nak makan benda yang manis. Walaupun aku dah selalu hadap makanan dessert yang manis di cafe, aku teringin nak makan juga.

" kirim Irene jelah." aku mula mencapai telefon pintar di atas meja untuk beri message kepadanya

Tapi belum sempat jari aku nak tekan icon Whatsapp, kedengaran bunyi lonceng rumah dibunyikan.

Aku termangu buat seketika. Takklah itu Irene? Mustahil lah sebab Irene baru sahaja keluar rumah awal pagi tadi untuk ke tempat kerja.

Dengan perasaan curious, aku mula melangkah ke hadapan. Sebelum membuka pintu aku lihat pada paparan cctv di dalam rumah.

Tanpa aku sedari aku menelan air liurku sendiri. Apa yang lelaki itu buat disini seawal pagi begini?

Terus tangan membuka lock pintu lalu aku buka sedikit. Hanya kepalaku sahaja yang kelihatan. Mata lelaki itu bertembung denganku buat sesaat.

" awak buat apa datang kesini? " tanya aku terus. Jimin tersenyum sahaja sehingga menampakkan eyesmile di ruang matanya. Baru aku perasaan mata lelaki itu sepet sebenarnya.

" datang nak melawat tengok baby lah. Papa dia rindu."

Tak semena-mena muka aku naik membahang bila dia kata sebegitu.

Tiba-tiba terasa tendangan kecil tetapi lemah di perut belah kanan aku. Pantas aku sentuh perutku sendiri. Mataku sedikit membulat.

Wow. Ini adalah kali pertama aku rasa kena tendang dari dalam. Sebelum ini tidak pernah. Amboi, sukalah tu bapak dia datang.

" Hwayoung, kau okay? " tanya Jimin bila melihat riak wajah aku sedikit berubah menjadi terkejut. 

" saya okay sahaja."

" jadi kau taknak jemput aku masuk ke dalam? " tanya Jimin bila masih melihat aku kekal berdiri disitu.

" Ouh masuklah." aku mula berganjak sedikit dan memberi ruang untuk lelaki itu masuk kedalam rumah.

Mata aku tertancap pada tangan kirinya yang sedang membawa sebuah kotak bersederhana kecil. Firasat aku mengatakan yang itu adalah kotak kek.

" aku ada singgah ke kedai tadi. Beli kek tapi aku tak tahu kau suka flavour apa. So, aku belikan kek redvelvet. Ambillah." hulur Jimin kepadaku. Aku terus menyambutnya.

Terus aku tersenyum tanpa sedar. Jimin ni macam tahu-tahu je yang aku tengah mengidam makanan manis.

" thanks, kek redvelvet ni memang kesukaan saya dari dulu." jawab aku tanpa sedar. Tak sabar rasanya nak makan.

" Oh ya, kalau begitu kita memang ditakdirkan ada jodoh."

Senyuman aku mula menjadi pudar sedikit. Lelaki di depan aku ni merepek apa?

Terasa tendangan buat kali kedua di dalam perut. Oh tuhan, senak rupanya kena tendang ni!


🍂🍂

" Nak coffee atau Jus? "

" coffee." jawab Jimin sepatah. Dia kini sedang memerhatikan segenap ruang tamu rumah Hwayoung dan Irene.

Anak matanya mula jatuh pada sesuatu yang menarik perhatian dia. Pantas dia mula bangun dan pergi rapat ke arah televisyien. Ada sebuah kad berhampiran dengan tv. Terus Jimin buka dan lihat isi kandungan didalamnya.

" Jimin, nah co-" Hwayoung yang baru muncul dari dapur sambil menatang dulang air coffee panas  untuk Jimin terhenti seketika. Dengan pantas dulang terus di letakkan di atas meja dan Hwayoung merampas daripada Jimin menyentuhnya.

" Tahniah, kau akan bertunang." sebut Jimin dengan nada suara yang Hwayoung tak dapat pastikan apa.

" T-tak, pertunangan ni takkan berlaku. Ianya kesilapan."

" Serious? Kau dah buat kad kut. Rugi."

" Jimin, saya takkan bertunang." jawab Hwayoung dengan nada keras.

Jimin tersenyum sendiri. Dia kembali duduk di atas sofa manakala Hwayoung masih berdiri dihadapannya.

" jadi macam mana boleh adanya nama kau dekat situ? "

Hwayoung mengambil nafas panjang. Dia perlu bertenang.

" Ada seorang customer saya sukakan saya. Dia buat kerja gila dengan buat kad pertunangan tanpa beritahu saya. "

" dia tahu kau mengandung? " soal Jimin. Riak wajahnya tenang dan dingin.

" tidak."

Jimin tersenyum sinis bila Hwayoung berkata seperti itu.

" kenapa kau tak terima? "

" saya mengandung, awak fikir dia mahu? "

" lelaki tak pedulikan semua itu. Asalkan impian mereka tercapai. Aku rasa better kau terima sahaja. Aku dengar pun lelaki itu macam ihklas mahukan kau."

" Jimin, tolong jangan serabutkan kepala otak saya boleh? Saya tersepit di antara dua. Saya tak sukakan lelaki itu dan parents dia sukakan saya. Perkara ni bukannya boleh dibuat main. Sepatutnya awak perlu tolong saya sebab ini adalah anak awak! "

Jimin perihati lama kearah Hwayoung. Dia mula bangun dan berjalan sehingga berhadapan dengan Hwayoung.

" No choices, kita kahwin."

Mata Hwayoung terus membulat.

" Ka-kahwin? "







Our Mistake🍂

Bersambung.   



Maaf kerana lambat update. Saya tak sihat untuk beberapa hari ini. Demam dan sakit kepala.

Nak pandang screen phone pun mata jadi sakit.

Apapun terima kasih kepada yang masih menunggu💛

Doakan saya cepat sembuh.

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now