Bab 42

2.4K 275 50
                                    


" Mamaaaa! Cepatlah ! "

Jeritan suara Seojun dari arah luar sudah boleh didengari dari dalam rumah. Gelabah Hwayoung jadinya. Cepat-cepat kunci kereta dan beg tangan di ambil. Kasut sarung di pakainya tergesa-gesa.

" Mama ni lambat lah. Cepatlah nanti aiskrim cair tau! " celoteh budak 4 tahun itu berbicara.  Rasa macam nak cubit-cubit je mulut dia tu! 

" Aiskrim tu tak cair pun. Cuba jadi orang tu sabar sikit? " 

Enjin kereta mula dihidupkan . Kereta yang dipandu oleh Hwayoung mula keluar keluar dari  perkarangan rumah. Seojun di sebelahnya dijeling sekilas. Muka budak kecik ni dah masam mencuka. Hwayoung hanya tersenyum sahaja tengok gelagat budak ni.

" Mama drive pun lambat. Patutlah selalu kena tinggal."

Seperti terkena dengan batang hidung sendiri bila kata-kata Seojun dia dengar tadi. 

"Patutlah selalu kena tinggal."

Ayat tu. 

Seperti ditujukan betul-betul pada aku.  Kedengaran macam perkara biasa tapi entah kenapa ayat Seojun itu buatkan hati aku terguris sedikit.

Teserentak dengan kata-kata Seojun, pantas aku melihat kearah Seojun. 

" Maksud Seojun? " 

" Yalah, mama Irene selalu bising mama selalu siap lambat. Sebab tu mama Irene selalu tinggalkan mama kan? "

Aku tersengih tiba-tiba.  Nak sedapkan hati sendiri.  Alahai anak,  kadang ayat kau ni macam betul jugak. 

" Iyalah. Sorry okay?  Mama promise lepasni tak lambat lagi.  Suka tak pergi jalan-jalan ni?  " tanya aku.

" Mestilah suka! Dapat jalan-jalan, dapat makan aiskrim. Dapat tengok mama beli barang. Dapat-"

" Dah-dah diam.  Mama nak fokus drive ni. "

Makin lama makin banyak bercakap pulak si kecik ni.  Seojun kembali memasamkan muka dia.  Dah macam cencorot basi dah muka dia.  Entah ikut perangai siapalah yang suka banyak bercakap ni?

Bapak dia kut? 

Hwayoung malas nak ambil tahu. 

" Mama. " dah berapa minit mendiamkan diri akhirnya suara kecil itu bersuara semula.

" Hmm. "

" Mama Irene married dengan Papa Taehyung kan haritu? "

" Hm iya, kenapa? "

" Mana baby diorang?  "

Aku hampir nak tergelak dengan kata-kata Seojun.  Diorang tu baru je berkahwin haritu memanglah tak dapat baby lagi sayang oi!

" Nanti ada la tu baby.  Kenapa Seojun tanya ni? "

" Seojun peliklah. "

" Pelik?  Tentang apa?  "

" Mama ni tak kahwin pun tapi macam mana boleh ada Seojun? " 

Aku terdiam terus bila Seojun bertanya tentang itu.  Teragak-agak aku nak jawab. 

" Mama dengan papa Taehyung married..  pastu dapat Seojun. Pastu papa Taehyung married dengan mama Irene eh? Macam tu ke? " sambil dia bercerita sambil itu juga jari jemarinya disatu-satukan. 

Aku yang mendengar dah ternganga mulut. 

Ya tuhan.  Aku tak sangka otak budak kecil ni berfikir sampai macam tu sekali. 

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now