Bab 27

3.1K 307 19
                                    

" Anak Encik tidak dapat kami selamatkan. Kami sudah sedaya upaya untuk menyelamatkanya. Tapi janinnya terlalu lemah dengan kecelakaan yang berlaku. Pihak kami memohon maaf."

Bagaikan masa terhenti, Jimin tergamam bila ayat yang baru sahaja diberitahu oleh doktor itu.

Kedua tapak tangannya terus meraup ke mukanya sendiri. Tangan kanannya menyentuh sebahagian belakang kepalanya. Pandangannya terus terarah kearah lain bersama dengan satu keluhan berat.

Apa yang aku dah buat ni?

" Pihak kami sekali lagi ingin memohon maaf. Harap Encik dan isteri bersabar."

Jimin tidak mampu lagi untuk bersuara. Dia masih lagi terkejut dengan berita yang baru disampaikan ini.


🍂🍂🍂


" Sayang, I miss you so much."

Tubuh Irene dipeluk dari arah belakang oleh Taehyung. Dia baru sahaja pulang dari bekerja. Kemeja kerja Pilotnya masih lagi tersarung di tubuh.

Dapat peluk teman wanitanya mengurangkan sedikit rasa penatnya.

" Taehyung awak kalau nak bermanja-manja nanti ya. Saya nak ke hospital sekarang ni." tubuh Taehyung terus Irene tolak perlahan.

Beg tangan dan kunci kereta dicapai segera.

" Alah, awak nak melawat siapa tengah malam macam ni? Saya baru je sampai." ucap Taehyung sedikit merajuk. Tapi Irene tak melayan.

" Saya dapat call dari kawan baik awak. Jimin beritahu yang Hwayoung dimasukkan ke wad kecemasan."

" Bwo?! Kenapa? " terkejut Taehyung dibuatnya. Setahunya due date untuk tarikh Hwayoung beranak lama lagi. Ini sampai dimasukkan wad kecemasan pulak tu. Apa kes?

" Saya tak tahu. Jimin tak cakap pun kenapa. "

" Saya ikut."

" Okay, awak drive eh? "

" Saya penatlah nak drive.  Dahlah kat atas awan tadi saya drive sampai 9 jam tau. Kat atas jalan ni awaklah drive." Taehyung merengek sambil menarik-narik manja tangan Irene. Irene yang mendengar pun rasa meluat. Menyampah.

" Iyalah. Dah jom."

Taehyung tersengih lebar. Sesekali nak bermanja apa salahnya.



🍂🍂🍂



" Awak dah sedar? "

Bila sahaja mataku yang rapat tadi terbuka terus pandangan pertama aku adalah wajah Jimin yang berada di sisi aku.

Apa yang aku rasa ketika ini adalah rasa lemah. Tubuh aku ku rasakan sangat sakit ketika ini. Tangan aku yang digenggam erat oleh Jimin aku perihati.


" Jimin.. Kenapa dengan saya? "

" Awak pengsan. Berehatlah, saya ada."

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now