Bab 36

2.8K 285 46
                                    


19.2.2020

I'm back. Sorry everyone if  too late
Thank you for supporting me.
I love you all💜
sueran_



🍂🍂🍂


" Hwayoung.. Jomlah pergi. Sampai bila kau nak duduk terperap dalam bilik ni?  " 

Aku buat buat tidak dengar. Tubuh aku terus mengiring kearah kanan dan mata aku dipejam rapat. Pura-pura tidur. 

Padahal dia baru sahaja habis makan breakfast tadi.  Semuanya gara-gara tak mahu ikut dua orang malaun tu!  Lagi-lagi si Jeman tu! 

Irene dah mula hilang sabar.  Terus dia pergi kearah Hwayoung. Selimut tebal ditarik jauh dari tubuh gadis itu.  Dipaksa Hwayoung untuk bangun juga.

" Aku tak nak lah Irene!  "

" Jomlah ikut.  Kalau kau taknak masuk dalam laut pun kau duduk je atas bot tu. "

" Aku mabuk laut."

" Kau naik feri haritu tak ada pun muntah-muntah. "

" Haritu feri,  ni bot.  Tak sama. "

" Ah samalah tu.  Jomlah Hwayoung!  "

Desakan Irene semakin buatkan Hwayoung jadi rimas. 

" Kau nak pergi,  pergi jelah!  "

Tangan Irene terus ditepis.  Irene terus diam seketika.  Terkejut bila Hwayoung menjerit sebegitu padanya. 

' Keras betul hati kau , Hwayoung. ' kecil hati Irene. 

Irene mengetap bibir sekuat hati sambil dihatinya mengucap kata sabar. 

" Hah tak apalah.  Kau duduklah sorang-sorang dalam bilik ni.  Biar mati mengeras kat sini. Biar orang tak jumpa mayat kau langsung. Biar! "

BUMM!

Bunyi hempasan pintu buatkan Hwayoung terkejut.  Nampak macam Irene merajuk dengan cara aku tadi. 

Lantak dialah,  asalkan aku tak nampak muka jantan tu! Dia menolak ajakan Irene semata-mata tidak ingin bersemuka dengan lelaki itu.

Pada awalnya dia berniat nak ikut mereka tapi bila berfikir dua tiga kali niatnya terus berubah. Tak semudah itu dia boleh terima kembali lelaki itu. 

Matanya terus dipejam rapat.  Ingin dibuai mimpi disiang hari.


🍂🍂🍂

" Aik?  Sorang je?  Mana Hwayoung?  "  soal Taehyung pelik bila melihat Irene jalan keseorangan. 

Dia baru sahaja tiba.  Taehyung terus menyambut teman wanitanya untuk menaiki bot.  Irene terus duduk dengan wajah masam mencuka.  Nampaknya plan tak menjadi.  Ini semua disebabkan keras kepala kawan baiknya itu. 

" Bini kawan baik awak tu keras kepala sangat. Saya tak tahu nak pujuk dia macam mana lagi.  Degil.  "

" Habis plan tak menjadi la ni?  " tanya Taehyung.

Irene hanya menjeling.  Sambil itu matanya meliar ke kanan dan kiri.  Mencari sesuatu. 

" Mana Jimin? "

" Dia pergi toilet sekejap.  Dia kan ada mabuk laut sikit. "

" Really?  " Irene bertanya dalam keadaan mahu gelak.  Tapi di tahannya.

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now