" aku minta maaf."
Kata maafnya dah berulang kali aku dengar. Masuk kali ini sudah lebih sepuluh kali aku rasa dia berkata perkara yang sama.
" Hwayoung.." suara Irene merintih.
Aku yang pada waktu itu sedang memeluk kakiku sendiri sambil melihat pemandangan malam hari di ruang balkoni itu.
Irene terus memeluk tubuh aku apabila aku tidak memberi respon. Perbuatannya mengundang rasa rimas.
" lepaslah Irene, aku rimas." ucapku terus.
" tak. Aku takkan lepaskan kalau kau tak maafkan aku. Hwayoung jangan buat aku macam ni. Kaulah kawan baik yang pernah aku ada. Aku tahu aku salah." Irene sudah menangis semahu-mahunya di belakang aku.
" bukan salah kau, aku yang salah."
" tak, bukan kau. Tapi aku yang salah. Kalau aku tak ajak kau pergi pada malam tu tentu kau tak jadi macam ni. Kau nak kutuk aku kutuklah Hwayoung. Nak pukul ke nak ajar aku ke aku tak kisah. Asalkan kau tak bunuh aku."
" jangan nak merepeklah Irene. Takkanlah aku nak bunuh kau pula." bicara aku perlahan.
" jadi, kau maafkan aku la ni? "
Aku tak berkata apa-apa. Sebaliknya pandangan aku melihat kearah luar. Cahaya-cahaya lampu di bandar Seoul menarik perhatian aku.
Apartment yang aku duduk ini hanya berdua dengan Irene. Mulanya aku beli rumah ini sendirian bila sahaja aku sudah mampu untuk beli rumah sendiri. Tapi kerana aku keseorangan, aku ajak Irene untuk tinggal sekali dengan aku. Tapi bayar jugaklah bil api dan air masing-masing.
" Aku nak tanya something ni but kau jangan marah eh? "
" apa dia."
" macam mana.. kau boleh kenal Jimin? "
Aku diam untuk seketika. Bayangan lelaki yang bernama Jimin itu aku imbas semula.
" kami berjumpa pada malam tu. Aku terlanggar dia dan kami berbual macam biasa." terang aku.
" macam mana korang boleh terlanjur ? Jimin perangkap kau? "
Kata-kata Irene menghentak aku. Terus pandangan aku menghala kearah dia. Irene pula menjadi seriau bila lihat wajah aku mula berubah.
" a-aku tak ingat. Kami ada minum wine dan aku terus tak ingat apa-apa lepastu."
" Wine? "
" ya, kenapa ? "
" kau rasa apa selepas minum tu? "
" uhm kepala rasa pening dan badan aku rasa panas secara tiba-tiba."
" ada rasa high tak? "
" apa maksud kau ni? Cuba cakap straight je."
Irene teragak-agak. Dia tak tahu nak explain kan Hwayoung bagaimana. Kerana dia tahu Hwayoung ini tidaklah seliar atau gadis bersosial macam dirinya.
" aku syak ada benda yang ada kat dalam minuman kau waktu itu. Tapi.. takkanlah Jimin kot? "
" jadi kau maksudkan yang Jimin cuba perangkap aku? "
" iya dan tidak juga. Sebab aku kenallah Jimin tu macam mana Hwayoung. Walaupun dia tu serupa perangai buaya darat macam Taehyung tu tapi dia takkan sesekali nak ambil kesempatan ke atas perempuan lain. Dia tu boleh kira jual mahal juga kat perempuan but tak adalah sampai jadi kes macam ni pulak." terang Irene panjang lebar.aku pula hanya tersenyum sinis.
" nama pun lelaki. Semua sama." ujarku perlahan.
Selepas sahaja Jimin terangkan apa yang dah berlaku pada mereka semua dia terus berlalu keluar dari rumah Taehyung dan langsung tak cakap apa-apa dengan aku semalam.
Ya, kami berdua sudah terlanjur.
Tanpa sedar.
Dan aku tak pasti ianya berpunca dari siapa. Antara aku ataupun Jimin. Aku pun tidak tahu.
" dia ada pakai protection tak? " tanya Irene secara tiba-tiba. Mulut dia memang lancang.
" kau fikir aku ingat ke apa yang berlaku? Aku tak ingat apa-apa, Irene. Langsung tak ingat." tegasku kembali.
" ya sorry. Tapi kalau dia sempat pakai protection selamatlah. Aku risau je kalau kau.."
" mengandung ? " duga aku sendiri.Irene terdiam. Tak mahu nak meneruskan ayat terkhirnya.
Aku usap mukaku perlahan dan rambut aku disisir ke belakang telinga. Mencuba untuk tenangkan diri.
" Hwayoung, kalau suatu hari nanti kau terjadi apa-apa aku janji aku akan jaga kau. Kau cakap je kalau kau nak apa-apa. "
Tanpa aku sedar air mata aku mula mengalir di pipi aku sendiri. Kalaulah mendiang kedua ibu bapa aku tahu yang anak mereka sudah rosak, mereka tentu kecewa.
Aku tak mampu nak jaga diri aku sendiri.
Aku tak mampu nak jaga maruah seorang perempuan.
Aku tak mampu nak berikan dara aku kepada suami aku nanti.
Permata yang aku jaga selama ini terus diragut oleh seorang lelaki yang aku langsung tidak kenal.
Aku dah rosak.
Our Mistake🍂
Bersambung.
YOU ARE READING
ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔
Fanfic❝ Kalau begitu, kita jadikan ianya adil bersama. Ini adalah kesilapan kita berdua. Our mistake.❞