Bab 28

3.4K 309 20
                                    


" Coffee? "

Cawan kertas yang mengandungi air coffee itu Taehyung hulur kepada Jimin. Jimin tanpa banyak bicara hanya menyambut.

Di luar bilik wad kecemasan , dua orang sahabat itu sedang duduk di kerusi besi di lorong menunggu. Waktu kini sudah menginjak ke angka 1 pagi.

" Bila kau sampai? "

" Baru je. Aku stay rumah Irene tadi. Tiba-tiba dia beritahu tentang isteri kau. Terus kami berdua kesini." terang Taehyung sambil menghirup coffee panas itu.

Jimin menunduk sambil memandang cawan kertas yang dia pegang itu. Masih lagi terasa hangat. Tapi tekaknya kini tidak mahu menerima sebarang air mahupun makanan. Dia tiada selera.

" Keadaan Hwayoung macam mana? "

" Dia masih lagi terkejut. "

" Kau pula? "

Jimin diam. Soalan dari Taehyung dibiarkan sepi.

" Aku nak masuk campur pun aku sendiri belum berkahwin. Cuma aku nak tanya kau sesuatu. Kau sayangkan dia atau tidak sebenarnya, Ji ? "

Jimin membisu sekali lagi. Taehyung menarik nafas panjang sebelum berkata semula.

" Aku bukan nak salahkan kau. Aku pun tak salahkan Hwayoung. Anggap sahajalah ini sebagai dugaan untuk hubungan kau. Banyakkan bersabar." bahu Jimin Taehyung sentuh. Tanda dia bersimpati.

Tanpa sedar, air mata Jimin menitis perlahan. Riak wajahnya mula bertukar. Terus cawan kertas itu diletakkan di sebelah tempat duduk dan mukanya diraup beberapa kali. Telinga Taehyung terdengar esakkan kecil lelaki itu. Buat kali pertama.

" Aku buat dia kecewa, Taehyung. Aku penyebab kandungan Hwayoung gugur. Aku tak ubah macam seorang bapa yang bunuh anaknya sendiri."

" Benda dah jadi. Kau sepatutnya ambil pengajaran daripada kesilapan yang kau dah  buat. Bina kehidupan baru kau dengan Hwayoung selepas ni." Taehyung menasihati Jimin.

" Hwayoung nak pandang muka aku pun tak sanggup. Macam mana aku nak berhadapan dengan dia selepas ni? "

" Kau pernah kata kan yang kau ikhlas berkahwin dengan dia. So, tunjukkanlah keihklasan kau pada dia. Aku tahu bukan mudah tapi lama kelamaan dia akan terima kau semula."

" Aku cuba."

🍂🍂🍂

" Saya boleh buat sendiri."

Tangan Jimin yang mahu memimpin tangan Hwayoung untuk melangkah masuk kedalam rumah ditepisnya kasar.

Hwayoung berjalan mendahului Jimin. Jimin pula hanya memerhatikan Hwayoung yang ingin memasuki ke dalam rumah. Dia melihat isterinya itu terus meluru ke arah dapur.

Beg pakaian milik isterinya diletakkan di atas meja. Hari ini Hwayoung sudah boleh pulang kerumah setelah beberapa hari terpaksa ditahan di wad hospital.

" Sayang teringin nak makan apa-apa ? Saya boleh belikan."

" Tak nak."

Hwayoung letakkan gelas kaca itu di atas meja. Dapat minum seteguk air sejuk melegakan tekaknya yang haus. Dia langsung tak menghiraukan Jimin yang berada di belakangnya.

" Nak jalan-jalan ? Jom kita pergi Garden Park. Awak teringin nak pergi masa haritu kan? "

" Baby yang teringin waktu tu. Bukan saya."  jawab Hwayoung dingin.

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now