Bab 43

2.6K 286 44
                                    


" Seojun nak makan aiskrim dengan uncle Jimin je!  Mama,  jangan ikut !  Seojun taknak friend ! "

Aku lihat Hwayoung dah tercengang bila Seojun yang berada didukungan aku pada ketika ini bersuara. 

Dalam diam aku mencuba sembunyikan senyuman. 

'Good boy Seojun.'

Mama kata tak boleh.  Mama tak kenal pun dengan uncle ni." Hwayoung cuba memberi alasan. Langsung tak mahu bertatapan mata dengan aku. 

Seboleh-bolehnya dia tak mahu untuk aku berada dekat dengan Seojun.  Masih marahkan aku lagi ke,  Hwayoung? 

" Apa susah,  mama friend jelah dengan uncle Jimin right now.  Kan mama pernah kata,  kita kena friend dengan semua orang. "

Seojun bersuara dengan nada sedikit pelatnya. Aku makin jadi suka bila lihat Seojun seperti faham dengan keadaan sekarang ni.

Seojun ni memang betul-betul anak papa.

" Okay Seojun!  Nak makan aiskrim dekat mana ni?  " aku tinggalkan
Hwayoung keseorangan dibelakang. Mungkin masih tak dapat terima kenyataan yang dia kalah debat dengan anak sendiri.

" Baskin Bobenns, Uncle! " jawab Seojun dengan semangat sambil bertepuk tangan. 

🍂🍂🍂

Mengalah.

Mungkin pertalian antara anak dengan bapa ini terlalu kuat.  Sampaikan Seojun dah pandai melawan cakap aku. Tengok tu,  nak makan aiskrim pun duduk atas riba Jimin. 

Mengada.
Bapak dengan anak sama je.

Kini kami bertiga berada di kedai  Baskin Robbins.

Jimin yang beria pilih nak makan dekat kedai.  Kalau ikutkan aku, aku beli aje aiskrim batang 2 hinggit depan kedai runcit rumah aku tu.
Jimat. 

Jimin dengan Seojun macam seolah tak hiraukan ada manusia kat depan diorang iaitu aku.  Aku pulak rasa sedikit jealouse bila Seojun asyik tumpukan perhatian lebih dekat Jimin. 

Bergelak-gelak berdua.  Makan pun suap menyuap.  Alahai,  makin mengada.

" Mama nak? " pelawa Seojun. 

Akibat terlalu lama mendiamkan diri sambil pandang phone,  Seojun mula tegur ibunya.  Nak ambil hati la tu.

" Taknak.  Seojun kan dah tak nak friend dengan mama lagi." jawab aku menunjukkan sedikit merajuk. 

" Okay. "

Aku tak percaya langsung jawapan itu je yang dia bagi. Aku lihat muka Seojun dengan selambanya dia makan aiskrim manakala Jimin pula daripada tadi asyik tersenyum-senyum. 

Ei geramnya. 

" Uncle, Seojun nak tanya one question boleh?  " dengan bibir dah penuh comot dengan aiskrim,  Seojun bertanya tiba-tiba. Jimin segera tolong lapkan dengan tisu. 

Aku tangan je yang main phone tapi telinga mendengar.

" Ya,  apa dia?  "

" Uncle ni single ke taken?  "

Bagaikan tersedak dengan air liur sendiri, aku hampir-hampir sahaja nak tersedak. Aku terus minum minuman air yang ada dihadapan mata. Control macho.

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now