Bab 45

2.3K 225 9
                                    


" Mama.. Stop la crying. Seojun takut.." luah Seojun bila lihat seperti sudah lama aku menangis tidak henti.

Aku yang pada waktu ketika itu sedang duduk berlutut dan wajahku disembunyikan. Tidak mahu Seojun melihat keadaan aku yang sekarang.

" Mama... " kali ini rengekkan suara Seojun mula kedengaran.

Aku angkat kepala perlahan. Dan melihat Seojun sudahpun duduk menangis disebelah kerana melihat keadaan aku yang sekarang.

" Sayang.. Kenapa menangis ni hm? Mama okaylah. Mata masuk habuk je ni." bohong aku.

" Mama tipu. Uncle Jimin yang buat mama macam ni kan? Uncle Jimin jahat! Seojun benci dia! "

Terus terkejut aku bila Seojun berkata seperti itu. Sebelum ini, budak inilah yang selalu menangkan Jimin. Kali ni dia pulak yang kata benci.

" Seojun.. tak baik benci orang tanpa sebab tau. "

" Habis tu dia buat mama sampai mama menangis ni boleh pulak. Lepasni kalau Uncle Jimin datang, Seojun kick bontot dia macam kat class taekwando tu! " bersungguh-sungguh dia bercakap. Gangster sungguh.

Hampir beberapa jam lepas Jimin meninggalkan rumah, aku terus duduk berkurung di dalam bilik. Masih terkesan dengan perbuatan Jimin. Emosi aku jadi terganggu.

Seojun aku terus peluk erat. Rambut anak kecil itu aku usap perlahan-lahan.

Kalaulah dia tahu Uncle Jimin tu siapa sebenarnya, ah aku sendiri tak dapat bayangkannya.

" Seojun dah lapar? Kesian anak mama tadi dah terlepas breakfast. Jom turun teman mama masak nak? "

" Okay mama. "


🍂🍂🍂



" Hwayoung, tolong cover kan aku kejap boleh? Aku sakit perut dah tak boleh tahan ni. "

Yeri berkata sambil sentuh perut sendiri. Nampak sangat muka dia cemberut tengah tahan sakit.

Keadaan di cafe pada harini agak ramai dengan costumer yang datang. Aku yang sedang sibuk menyediakan sajian di dapur dikejutkan dengan kedatangan Yeri. Nasib ada ramai pekerja dekat bahagian pantry ini.

" Yalah, pergilah membuang sana. " aku terus menghalau Yeri supaya cepat-cepat pergi ke arah tandas.

Kaunter membayar dan mengambil order aku ambil alih di tempat Yeri.

" Hai selamat petang, makan sini or take away? " tangan aku ligat menyentuh mesin mengambil order dihadapan mata tanpa memandang ke arah pelanggan di hadapan.

" Makan sini. Saya nak 1 cup coffee ais Americano dan 1 slice blueberry cake. "

" Baik, kesemuanya 35 won. "

Saat aku angkat kepala dan hendak memberikan resit, tangan aku terus terkaku sekejap. Berkerut sedikit dahi aku melihat dia. Macam kenal..

" M-Mingyu? "

" Hai Hwayoung. "



🍂🍂🍂



" Lama betul menghilang. Selalunya awaklah orang first yang akan datang ke cafe saya tiap-tiap hujung minggu. Mana awak menghilang Kim Mingyu? " Tanya aku.

Mingyu hanya tersengih. Belakang kepalanya digaru tidak gatal.

Kini aku duduk berdua di satu meja dengan Mingyu di cafe. Customer makin lama semakin berkurang kerana hari sudah hendak petang.
Bolelah aku luangkan masa sekejap dengan Mingyu. Lama tak jumpa.

" Saya pergi pindah ke Amsterdam. Ada urusan business dekat sana. Habis 4 tahun dekat sana, saya balik semula ke Korea. " katanya lalu ais coffee americano dihadapannya disisip perlahan.

Aku hanya mengangguk perlahan. Jadi lelaki di hadapannya ini bukanlah lelaki sembarangan.

" Mesti awak tertanya bukan saya kemana? Sorry saya pergi pun mengejut. "

" Eishh tak adalah. First tu memang saya pelik. Yalah, awak kan customer tetap dekat sini? "

Mingyu dan Hwayoung tergelak serentak. Nampak agak lain Mingyu kali ini. Mungkin dah sibuk dengan kerjaya dia. Tak macam dulu, suka betul mengacau aku.

" Awak.. still macam dulu Hwayoung. Cantik. "

Pengakuan berani daripada Mingyu membuatkan aku terus kaku. Kekok pula jadinya. Tadi dah okay.

" Oh.. Haha. Yeke? Awak pun. Makin handsome. Mesti dah ada awek kan ni? " duga aku.

" Awek apanya, perempuan tengok saya pun bosan. Asyik kerja, kerja. Mana ada perempuan suka lelaki yang workaholic sangat macam saya ni hah." luah Mingyu.

Bila dia kata macam tu terus teringat aku pada Jimin. Jimin seorang yang workaholic. Ada je Mingyu, perempuan yang sukakan lelaki yang gila kerja. Salah satunya adalah aku.

" Hwayoung, awak okay? Saya tengah bercakap ni dengar tak? "

" Ah ya. Saya dengar. " tersedar dari lamunan seketika. Dah kenapa pulak aku teringatkan pasal Jimin ni?!

" Mengelamun pun cantik. " ucap Mingyu perlahan sambil tersenyum sendiri. Aku kurang jelas dengar.

" Nae? "

" Tak-tak ada apa."

" Nak order apa-apa lagi? Saya ada buat menu baru tau. Dessert baru pun dah banyak. Nak try? "

" Kalau saya nak try awak boleh? "

Terdiam aku beberapa saat. Terkebil-kebil aku pandang dia.

" Saya bergurau jelah. Jangan serious sangat. " katanya terus bila aku tidak berikan sebarang reaksi.

" Oh ya haha. Pandai eh awak sekarang. "

" Tapi saya serius. Saya masih tunggu jawapan dari awak, Hwayoung. "

Terus mati kata aku nak jawab apa. Tak sangka, dia masih lagi menaruh perasaan pada aku. Dah lama kut! Aku fikir mungkin dia dah ada someone yang dekat Amsterdam tu ke. Aku yang dah beranak satu ni juga yang dia nak.

" Er saya.. " alamak jawapan apa yang aku nak bagi ni?

" Mama..! Nak cake red velvet satu! "
anak kepada tauke kedai cafe ini, iaitu Seojun sedang berjalan selambanya bersama dengan patung RJ yang tak lepas digendong.

Kerek betul, mentang-mentanglah dia anak tauke sesuka hati dia je resquest nak cake apa. Bankrupt lah aku macam ni hari-hari.

Seojun mula berhampiran dimana aku dan Mingyu duduk berdua. Muka Mingyu dah tertanya-tanya bila melihat Seojun di sebelah aku.

" err Mingyu, kenalkan ini Seojun. Anak saya."


🍂🍂🍂


" Tae, aku malas nak kesana. Kau pergilah sendiri. "

" Kau nak kena mati dengan Jungkook? Dia penat-penat buat party sempena nak kita berkumpul semula kau tahu? Jangan cari gaduh. Kau kena datang jugak malam ni. "

Taehyung mula letakkan kakinya di atas meja pejabat Jimin. Siap bersilang lagi. Memang tak ada adab betul.

" Aku busy."

" Kau belum jadi duda lagi. Tak payahlah nak tunjuk muka tu frust sangat. Jomlah, release tension sambil-sambil tu. Semua orang sedang tunggu kau tahu? "

" Yalah. Aku ikut. "

" Oh ya. aku lupa. Pasal Jungkook, dia nak kenalkan kita semua dengan bakal tunang dia malam ni. Ingat Jimin, kau tak datang Jungkook merajuk lagi teruk tau dari Hwayoung tu. "

" Yalah Taehyung. Yalah. " Jimin malas nak melayan. Dia sudah penat.








Our Mistake🍂
Bersambung..

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now