Nak feeling baca bab ni? Bukaklah lagu soundtrack sedih 😂
Happy reading💜🍂🍂🍂
" Mama dah balik! Yeayyy! "
Kepulangan aku dirumah disambut ceria oleh Seojun. Terkinja-kinja dia bila melihat aku yang baru masuk ke rumah.
" Mama, harini mama Irene buatkan cake redvelvet. Delicious tau mama! " Semangat dia beritahu kepadaku. Tapi aku masih dalam mood tak begitu baik. Aku biarkan Seojun yang berkata sendirian.
" Mama.. Jomlah makan. Seojun tunggu mama makan. Mama Irene dah tunggu kat dapur tu. " beritahu dia lagi.
Harini aku meminta Irene untuk tengok-tengokkan Seojun di rumah kerana aku pulang lewat dari kerja.
Masih di posisi duduk yang sama, aku tekupkan muka aku dengan kedua tapak tanganku. Kusut. Pemikiran aku ketika ini sangat buntu. Dan hati aku tidak tenang.
" Mama jomlah makan.. " merengek Seojun sekali lagi bila aku tak respon dia.
Aku hilang sabar dan terus tolak tangan Seojun dari menarik tanganku. Tanpa aku sedar.
" Nak makan, pergi sendiri! Tak payah tunggu aku! " akibat terlalu mengikut perasaan, aku tak sedar apa yang aku katakan.
Seojun terus menangis kuat. Tubuhnya ketika ini jatuh terduduk dekat atas lantai akibat tolakkan aku.
Apa..
Apa yang aku buat ni?
Aku mula jadi bingung. Bila aku melihat wajah Seojun yang sedang menangis itu, aku mula teringatkan bapa kepada budak ini. Park Jimin.
" Sebanyak mana awak bencikan saya? "
" Saya ihklas cintakan awak. Saya ikhlas bila saya kata saya nak berkahwin dengan awak. Sebab first time kita berjumpa sebelum kita terlanjur saya dah terjatuh hati pada awak, tanpa sengaja."
" saya akan lepaskan awak mulai hari ni. Terima kasih untuk segalanya. Semoga hidup awak lebih berbahagia selepas ni. I'm always remember you."
Kata-kata Jimin masih melekat di ruang pemikiran aku. Aku tak boleh lupakannya. Hati aku mula menjadi sebak. Tangisan Seojun yang kuat itu seperti menjadikan aku lagi beremosi ketika itu.
Kedua mata aku dah mula berkaca. Aku cuba tahan. Aku tak boleh tengok Seojun sekarang ni. Wajah dia betul-betul seiras Jimin.
" Hwayoung! kau buat apa dengan anak kau ni sampai menangis? " Jeritan Irene menghentikan aku dari mengelamun.
Seojun terus menyorok di belakang Irene. Takut untuk berada dekat dengan aku.
" S-Seojun sayang. Mama minta maaf.Mama tak sengaja." kataku cuba memujuk dengan suara yang mula berubah. Bila-bila sahaja airmata aku akan tumpah.
" Mama jahat! Mama jahat! " teriak Seojun sambil memeluk Irene. Irene yang dari dapur rumah kawannya ini terkejut bila terdengar suara Seojun teriak. Dan pelik dengan situasi anak dan ibu ini.
Jahat.
Ya, itu sesuai dengan aku.
Aku terus terisak menangis. Tersedu sedan di hadapan mereka berdua. Melepaskan segalanya yang terbuku di dada. Kata-kata Jimin pada hari ini sangat buatkan hatiku pedih.
YOU ARE READING
ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔
Fanfiction❝ Kalau begitu, kita jadikan ianya adil bersama. Ini adalah kesilapan kita berdua. Our mistake.❞