" Ada lagi barang? "
" tiada, semua dah settle. " beritahu aku kepada Jimin.
Jimin hanya mengangguk dan duduk seketika di sofa rumah aku. Aku turut duduk disebelah lelaki itu.
Hari ini aku perlu kemaskan barang-barang dan baju aku untuk dipindah masuk ke dalam rumah Jimin.
Ya, kini sudah masuk 2 hari perkahwinan aku dan Jimin. Kami buat majlis kecil-kecilan sahaja. Hanya orang rapat sahaja yang kami jemput. Aku tak kisah sangat hanya mengikut katanya.
Aku jeling kearah Jimin sekejap. Peluh di sekitar dahi dan leher lelaki itu semakin kelihatan. Bila lihat dia berpeluh tiba-tiba hormon di badan aku jadi lain.
Kenapa bau peluh dia macam wangi?
Aku terus berfikir secara normal semula. Peluh orang pun kau nak usha, Hwayoung. Alah, usha suami sendiri apa salahnya kan?
" awak nak air? "
" boleh juga."
Pantas aku bangun dan bergerak ke arah peti sejuk. Jus oren aku tuang ke dalam gelas dengan berhati-hati. Aku kembali semula kepada Jimin dengan gelas di tangan.
" minumlah."
" thanks." tanpa banyak cakap Jimin terus minum sehinggakan air oren di gelas itu tinggal sedikit. Tak sampai beberapa saat dah habis dia minum.
Fuh, haus betul dia ni.
" terima kasih sebab tolong saya pack barang. Saya dah kata saya boleh buat sendiri tapi awak tak bagi."
" awak tu mengandung."
" kenapa kalau saya mengandung pun? "
" jangan banyak tanyalah. Untung aku tolong." Jimin malas nak berkata banyak. Aku hanya mencebik bibir.
Hanya aku dan Jimin sahaja di rumah pada ketika ini. Irene tiada kerana sibuk bekerja di spa miliknya. Katanya ada ramai client yang perlu dilayan.
Kembali semula pada keadaan kami berdua yang masih berehat di ruang tamu itu. Jimin dan aku duduk bersandar di sofa menghadap televisyen. Kipas di syiling mengurangkan sedikit rasa bahang sebentar tadi.
" Jimin."
" Hm."
" boleh saya tanya sesuatu? "
" tanyalah."
" kenapa awak masih tak beritahu keluarga awak tentang perkahwinan kita? "
Jimin terdiam. Itu sahaja yang aku rasa musykil. Jimin lambat untuk bersuara. Seolah dia sedang berfikir ayat untuk memberitahu kepada aku.
" belum tiba masanya lagi. Sampai masanya kita beritahu."
" Jimin."
" Iya Hwayoung? " Jimin mula berpaling dan matanya bertatapan dengan aku dengan jarak yang agak dekat.
" kenapa awak beria sangat nak kahwin dengan saya? "
Jimin membuang pandangan ke arah lain. Dah acap kali dia sering dengar ayat yang sama dari mulut isterinya itu. Berulang kali.
" perlu ada sebab ke kenapa saya mengahwini awak hm? "
" Iyalah, tentu ada sebabnya kan. "
" Hwayoung, saya soal awak semula. Pernah tak awak dengar reason kenapa ada orang sukakan seseorang ? "
" hm sebab dia baik? Dia rajin. Dia.."
" dari segi dalaman." potong Jimin.
" sebab.. percayakan dia? " beritahu aku lambat. Sambil mata tidak lepas memandang ke mata Jimin.
" sama juga dengan saya. Itu jawapan kepada soalan awak tadi."
" Boleh dipercayai? Tapi sampai bila? "
" ada sesuatu benda yang menganggu fikiran awak Hwayoung? "
" Awak. Awak yang buatkan saya tertanya-tanya. "
Jimin mula menukar arah kedudukan di atas sofa itu. Kedua bahu Hwayoung disentuh lembut dengan kedua tangannya. Rambut Hwayoung disisir sampai ke belakang telinga. Perbuatannya dilihat oleh Hwayoung.
" kan saya dan cakap, tak semestinya perlu bercinta untuk berkahwin. Yang penting hati dan kepercayaan. Cinta adalah suatu perasaan untuk menguatkan lagi sesuatu ikatan perhubungan. Itu yang saya percaya. Cinta boleh dipupuk Hwayoung, awak belum percayakan saya sepenuhnya lagi bukan? " duga Jimin.
" saya cuma perlukan bukti."
Jimin mengetap bibir seketika dan dia menundukkan kepala. Susah untuk dia mendapatkan kepercayaan dari seorang wanita ini.
" Okay, esok kita balik ke rumah ibu."
" ru-rumah Ibu? "
Tiba-tiba sahaja. Jimin mula bangkitkan tentang ibu ataupun erti kata lain ibu mertua aku. Dada aku mula jadi berdebar. Rasa seriau pula satu badan.
" Yalah, nak buatkan isteri saya ni percaya bukannya mudah. Kan baby? Penat papa nak cakap banyak kali."
Jimin terus menyentuh perut aku yang sedikit buncit itu dengan tangannya. Sambil mukanya didekatkan ke arah perut aku. Pantas aku tepuk belakang badannya. Pipi aku terasa membahang gila dengan perlakuannya pada saat itu.
" aduh, kenapa? " Jimin mengaduh sakit.
" awak buat apa tadi tu? "
" saya tengah bercakap dengan baby kita lah. " jawab Jimin tidak bersalah. Aku buat muka biasa. Tahan malu sebenarnya.
" lagi satu, apa kata kita ubah cara panggilan. " Jimin beri cadangannya.
" nak panggil apa."
" sayang ke, abang ke."
Pipi aku mula naik membahang sekali lagi.
" eh awak blushing ke sayang? " tegur Jimin bila lihat aku diam tak berkutik. Dia semakin dirapatkan badannya dengan aku.
Entah kenapa aku rasa malu dengan dia.
Tamparan percuma dihadiahkan dari tangan Hwayoung sekali lagi. Jimin hanya tergelak sehingga memenuhi ruangan rumah apartment ini.
Our Mistake🍂
Bersambung.
Thanks for 1k💕
Yang silent readers tu janganlah duk diam lama sangat.Tekan jelah bintang oren alang-alang dh scroll bawah tu💛
YOU ARE READING
ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔
Fanfiction❝ Kalau begitu, kita jadikan ianya adil bersama. Ini adalah kesilapan kita berdua. Our mistake.❞