Bab 13

3.5K 308 19
                                    



" Buat apa datang sini? "

Hwayoung berkata sambil memeluk tubuhnya. Tiada senyuman langsung yang menghiasi bibir. Wajah lelaki itu dia renung tajam.

" Jumpa awaklah cik Hwayoung, oh semalam saya datang ke sini awak tiada. Pergi mana? " soalan dibalas dengan soalan.

Aku mula membuat muka bosan. Dah lali dengan perangai lelaki ni.

" ianya bukan urusan awak kemana pun saya nak pergi. "

" mestilah urusan saya cik Hwayoung. Lepasni awak dah jadi orang terpenting dalam hidup saya." dia berkata lagi sambil senyumannya tidak lekang dibibir.

Dahi aku berkerut bila dia berkata seperti itu. Kurang faham dengan ayat dia.

" apa maksud awak ni Mingyu? "

Mingyu hanya tersengih sehingga menampakkan barisan giginya yang putih. Dia terus menghulurkan sesuatu kepada aku.

Sampul surat yang aku tidak ketahui apa isinya didalam. Lambat aku ingin menyambut hulurannya.

" kejutan untuk awak. Mesti awak suka. Bukalah."

Terus aku membuka sampul surat bersederhana besar itu. Ada sebuah kad didalamnya. Aku tarik ia keluar dan membaca isi kandungan yang tertera disitu.

Mata aku sedikit terbeliak bila ada nama aku dan dia disitu.

" a-apa ni Kim Mingyu? "

" Itu kad tunang. Tarikh dia saya buat pada hari lahir awak nanti. Saya yang design sendiri tau kad ni. Awak suka? " tanya Mingyu dengan wajah ceria dia.

Aku tak tahu nak bagi respon apa ketika itu. Semua ini memang benar-benar mengejutkan aku. Mustahil.

" awak dah gila ke apa Mingyu? " soalku terus. Aku pandang wajah Mingyu dengan mata merenung tepat kearah dia.

" kenapa? Awak tak suka ke design kad tu? Kalau tak suka saya boleh tu-"

" No! Kita berdua tak boleh bertunang. Saya dan awak tak ada apa-apa hubungan istimewa pun. Awak cuma customer saya je." ujarku untuk menidakkannya.

" Saya tahu. Sebab tu saya nak melamar awak pada hari ni. Saya sukakan awak, Lee Hwayoung. " katanya dengan wajah yang mula di seriouskan .

Aku yakin semua ini bukanlah prank. Ianya betul. Kepala aku nak naik pitam bila dia kata yang dia mula sukakan aku.

Tolonglah, aku tak sukakan dia!

Dia hanya costumer bagi aku. Itu sahaja.

" Oh ya, awak nampak makin berseri lah harini. Dan macam berisi sikit. Tapi saya tak kisah, awak gemuk ke kurus saya tetap suka awak."

The heck.

Sempat lagi dia kata aku berisi?

Nanti.

Aku mula teringatkan yang pada ketika ini aku sedang berbadan dua akibat daripada kesilapan aku dengan lelaki yang baru sahaja aku kenal itu. Secara refleks tangan aku yang memegang kad itu terus dirapatkan ke perut aku.

Aku pandang wajah Mingyu dengan perasaan gusar.

" tapi kita tak boleh."

Wajah Mingyu yang pada ketika itu ceria sedikit berubah bila aku berkata seperti itu.

" kenapa? "

Wajah Mingyu mula menunjukkan perubahan reaksi. Hati aku jadi tak keruan. Aku kesiankan dia kerana dia sangat baik terhadapku.Tapi dalam pada yang sama ianya mustahil.

ᴏᴜʀ ᴍɪsᴛᴀᴋᴇ | ᴊɪᴍɪɴ ✔Where stories live. Discover now